6 Januari 2022 Analisis Sesi Pagi
Minit mesyuarat Fed menyokong kenaikan dolar.
Dolar AS melantun dari paras rendah pada awal pagi ini selepas Federal Reserve memberi isyarat yang bullish di dalam minit mesyuaratnya. Menurut kepada minit, beberapa ahli Fed mencadangkan bahawa dasar kewangan seharusnya diperketat dengan lebih pantas memandangkan pasaran pekerjaan memulih dengan ketara bagi beberapa bulan yang lepas. Pada masa yang sama, Fed juga membincang mengenai kemungkinan untuk mengurangkan penyata imbangan bagi membendung peningkatan kadar inflasi. Selepas pembebasan minit mesyuarat, Fed Rate Monitor Tool memaparkan 80% kemungkinan untuk berlakunya peningkatan kadar faedah pada mesyuarat bulan Mac. Walaupun Omicron merebak dengan pantas di AS, Fed dijangka untuk mengambil tindakan yang agresif bagi membendung tahap inflasi yang kini berlegar di paras tinggi 30 tahun. Selain itu, sentimen pasaran terhadap dolar AS adalah masih bullish walaupun AS melaporkan lebih daripada 1 juta kes koronavirus baru pada hari Isnin yang lepas. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.01% ke 96.12.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.09% ke $77.14 setong. Data dari AS pada semalam memaparkan inventori minyak mentah menurun hanya -2.144M, tersasar daripada ramalan iaitu -3.283M. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.06% ke $1,811.30 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Acara | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:30 | GBP – Composite PMI (Dec) | 57.6 | 53.2 | – |
17:30 | GBP – Services PMI (Dec) | 58.5 | 53.2 | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 198K | 200K | – |
23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Dec) | 69.1 | 67.2 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.35, 96.60
Tahap sokongan: 96.10, 95.85
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3570, 1.3630
Tahap sokongan: 1.3510, 1.3470
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1320, 1.1370
Tahap sokongan: 1.1285, 1.1250
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 116.25, 117.00
Tahap sokongan: 115.40, 114.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek .
Tahap rintangan: 0.7225, 0.7280
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7140
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6830, 0.6870
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6740
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan dari tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 1.2765, 1.2835
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2620
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9190, 0.9210
Tahap sokongan: 0.9165, 0.9130
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 77.35, 80.15
Tahap sokongan: 75.15, 72.90
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1812.80, 1830.20
Tahap sokongan: 1797.60, 1784.90