83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 September 2017                           Analisis Harian

 

Kenaikan kadar bakal menjelang, dolar A.S. melonjak tinggi!

Indeks dolar telah diambil alih oleh pasaran bullish berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia meningkat sebanyak 0.15% ke 92.36. Momentum tersebut telah didorong selepas Bank Pusat A.S. (Fed) mengambil keputusan untuk mengurangkan penyata imbangan dan mengekalkan pandangan untuk meningkatkan kadar faedah. Menurut kepada Fed, mereka telah mengesahkan untuk mengurangkan aset berjumlah $4.5 trilion mulai bulan Oktober sambil memberi isyarat untuk meningkatkan kadar faedah buat kali ketiga. Mereka menjamin bahawa kerosakan yang didorong oleh ribut taufan baru-baru ini tidak menjejaskan prestasi ekonomi di Amerika Syarikat. Ahli pembuat dasar pada semalam telah mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah diantara 1% hingga 1.25%. “Kita menjangkakan bahawa kekukuhan ekonomi semasa akan mendorong pertumbuhan yang beransuran dan menyokong pasaran buruh serta menstabilkan tekanan inflasi untuk mencapai di sekitar 2% pada jangka panjang,” ulas Pengerusi Fed Janet Yellen di dalam satu sidang akhbar. Di rantau yang lain, USD/JPY meningkat sebanyak 0.20% ke 112.49, AUD/USD susut sebanyak 0.20% ke 0.8005 sementara NZD/JPY menjunam sebanyak 0.29% ke 0.7333.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak didagang rata berhampiran $50.69 setong sementara para pelabur mencerna perkembangan terkini di dalam pasaran tersebut seperti peningkatan pada inventori minyak A.S. dan isyarat agresif dari menteri minyak Iraq. Selain itu, harga emas telah meneruskan kerugiannya sebanyak 13% ke $1,299.35 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar selepas Fed memberikan unjuran yang lebih positif.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

Tentative                JPY                                          BoJ Monetary Policy Statement (YoY)

Tentative                JPY                                          BoJ Press Conference

21:30                     EUR                                        ECB President Draghi Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
06:45 NZD – GDP (QoQ)(Q2) 0.8% 0.8% 0.6%
11:00 JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 284K 300K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) 18.9 17.2
20:30 CAD – Wholesale Sales (MoM) (Jul) -0.5% -0.9%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik berhampiran 1.3615. MACD histogram yang menyusut ke arah bawah mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan momentum menurunnya dan menguji di paras bawah saluran menaik dan berhampiran tahap rintangan 1.3250.

 

Tahap rintangan: 1.3615, 1.3810

Tahap sokongan: 1.3250, 1.3155


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1985. Pasangan tersebut kini sedang menguji di garisan 200-MA iaitu berhampiran 1.1870. Pemecahan dari paras tersebut serta ditambah pula dengan pembentukan silang kematian pada garisan isyarat MACD mencadangkan lanjutan pada momentum menurunnya dan menguji di tahap sokongan berikut di 1.1820.

 

Tahap rintangan: 1.1985, 1.2070

Tahap sokongan: 1.1870, 1.1820

 


 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menembusi garisan 200-MA dan tahap rintangan di 111.65. Pembentukan candlestick bullish yang panjang dan garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan momentum menaiknya dan menguji di tahap rintangan 112.95.

 

Tahap rintangan: 112.95, 114.30

Tahap sokongan: 111.65, 110.00


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang di dalam saluran menaik dan kini sedang menguji di antara tahap rintangan 51.20 dan tahap sokongan 49.25. Isyarat hidden negative divergence yang dipaparkan pada MACD histogram mencadangkan harga minyak untuk mempunyai bias menurun dan dijangka untuk menurun selanjutnya ke arah paras bawah saluran berhampiran dengan tahap rintangan 49.25.

 

Tahap rintangan: 51.20, 53.70

Tahap sokongan: 49.25, 47.90

 


 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan 200-MA berhampiran 1304.00. Kini, ia sedang menguji di tahap sokongan 1299.05. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan harga emas untuk menurun selanjutnya ke sasaran berikut di tahap sokongan 1281.05.

 

Tahap rintangan: 1304.00, 1321.35

Tahap sokongan: 1299.05, 1281.05