26 September 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. dan Sterling masih menerima sokongan bullish.
Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melonjak sebanyak 0.53% dan disebut niaga berhampiran 92.44. Lonjakan tersebut telah dicetuskan oleh ucapan dari ahli Bank Pusat A.S. William Dudley yang menyatakan bahawa mereka berada di dalam jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran selepas faktor yang menekan kadar inflasi telah susut sementara asas ekonomi A.S. makin bertambah positif. Isyarat yang diberikan oleh beliau telah mencetuskan harapan di dalam kalangan para pelabur terhadap kenaikan kadar menjelang akhir tahun nanti. Di rantau yang lain, GBP/USD meningkat sedikit sebanyak 0.10% ke 1.3479. Sterling memangkas kerugian terdahulu selepas Perdana Menteri UK Theresa May mencadangkan tempoh peralihan selama dua tahun selepas Brexit untuk mengekalkan akses ke dalam pasaran tunggal EU di sepanjang tempoh tersebut. Namun, syarikat penarafan Moody’s telah menurunkan penarafan United Kingdom ke Aa2 selepas ucapan dari May sambil memetik bahawa rancangan pengurangan hutang kerajaan telah diketepikan dan risiko Brexit bakal menyelubungi prestasi ekonomi pada jangka masa yang akan datang.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sehingga ke paras yang tertinggi di dalam tempoh 5 bulan selepas ia meningkat sebanyak 2.95% ke paras $52.12 setong. Momentum tersebut telah didorong oleh keputusan positif kartel OPEC dan Rusia yang ingin mengurangkan pengeluaran minyak global serta amaran dari Presiden Turki Tayyip Erdogan yang mengancam untuk menutup saluran paip minyak yang membawa komoditi tersebut dari Iraq ke negara yang lain. Selain itu, harga emas melonjak sebanyak 1.08% ke $1,310.98 se troy auns selepas Menteri Luar Negara Korea Utara Ri Yong Ho mengancam untuk menembak pengebom A.S. dan ia telah mencetuskan ketegangan geopolitik yang lebih tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
06:30 USD FOMC Member Kashkari Speaks
21:30 USD FOMC Member Mester Speaks
22:30 USD FOMC Member Brainard Speaks
00:45 USD Fed Chair Yellen Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:00 | NZD – ANZ Business Confidence (Sep) | 18.3 | – | 0 |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (Sep) | 122.9 | 120.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Aug) | 571K | 585K | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 1.443M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3440. Pembentukan isyarat positive divergence dari MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi semula dan menguji di garisan 200-MA iaitu berhampiran 1.3485.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3585
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3315
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1865. Pembentukan corak silang emas dari penunjuk MACD yang mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal dan dijangka untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.1865.
Tahap rintangan: 1.1865, 1.1985
Tahap sokongan: 1.1820, 1.1715
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.45. Pembentukan candlestick bearish engulfing serta MACD histogram yang masih susur ke bawah mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya dan menguji semula di sasaran 111.45.
Tahap rintangan: 112.70, 114.00
Tahap sokongan: 111.45, 110.70
CrudeOIL

Crude OIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 51.25. Pembentukan candlestick bullish yang panjang serta garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan dan menuju ke sasaran berikut di 53.75.
Tahap rintangan: 53.75, 54.35
Tahap sokongan: 50.00, 49.30
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1299.05 dan garisan 200-MA. MACD histogram yang masih susur ke atas mencadangkan harga emas untuk melanjutkan kenaikannya dan menguji di sasaran yang berikutnya di 1321.35.
Tahap rintangan: 1321.35, 1334.85
Tahap sokongan: 1299.05, 1289.80