83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 September 2017                           Analisis Harian

 

Yellen menegaskan kenaikan kadar, dolar disokong selanjutnya.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih kukuh berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia meningkat sebanyak 0.11% ke paras 92.91 semasa penulisan. Semalaman, pengesahan semula dari Pengerusi Bank Pusat A.S. Janet Yellen mengenai kenaikan kadar faedah secara beransur-ansuran telah meningkatkan prospek para pelabur. Kenyataan beliau telah mendorong para pelabur untuk mengetepikan tekanan inflasi lembap yang boleh menjejaskan pelan mereka untuk mengetatkan dasar kewangan bagi jangka masa yang lebih panjang dan ia juga mampu untuk menyekat keupayaan bank untuk melonggarkan dasar sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi. Namun, peningkatan pada dolar adalah masih terhad selepas dua laporan ekonomi iaitu keyakinan pengguna dan penjualan rumah baru telah tersasar daripada jangkaan. Bagi bulan Ogos, jualan rumah baru telah mengecut sebanyak 3.4%, iaitu paras terendah sejak Disember 2016 dan jumlah keseluruhannya hanya mempunyai 560,000 unit. Ia adalah jauh lebih rendah berbanding dengan jangkaan untuk meningkat sebanyak 3.3% ke paras 588,000 unit. Sementara itu, keyakinan pengguna pada bulan Ogos telah susut kembali dari 120.4 dan kini hanya 119.8.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia meningkat sebanyak 21 cents atau $52.09 setong. Momentum tersebut telah didorong selepas American Petroleum Institute (API) memaparkan penyusutan pada inventori minyak sebanyak 761,000 tong berbanding dengan jangkaan untuk meningkat sebanyak 2.296 juta tong. Tambahan pula, harga emas susut sebanyak 0.13% dan didagang berhampiran $1,295.31 se troy auns selepas sentimen terhadap kenaikan kadar melonjak berikutan dengan kenyataan dari Yellen.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

23:45                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

00:55                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

01:30                     USD                                        FOMC Member Bullard Speaks

02:00                     USD                                        FOMC Member Brainard Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Aug) 0.6% 0.2%
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM) (Aug) -0.8% -0.5%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 4.591M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3400. Pasangan tersebut kini sedang didagang di dalam segi tiga menurun. MACD histogram yang kini menyusur ke atas mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan bias menaiknya dan menguji di paras atas segi tiga berhampiran dengan 1.3490.

 

Tahap rintangan: 1.3490, 1.3645

Tahap sokongan: 1.3400, 1.3255


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1845. Garisan isyarat MACD yang susur ke bawah mencadangkan bias menurun yang ketara kepada pasangan tersebut untuk menguji di tahap sokongan berikutnya iaitu 1.1710.

 

Tahap rintangan: 1.1845, 1.1990

Tahap sokongan: 1.1710, 1.1595

 


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 111.65. Pembentukan silang emas pada garisan isyarat MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan 113.00.

 

Tahap rintangan: 113.00, 114.30

Tahap sokongan: 111.65, 110.00

 


CrudeOIL

Crude OIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 51.25. Garisan isyarat MACD yang masih susur ke atas mencadangkan harga minyak untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan di 53.75.

 

Tahap rintangan: 53.75, 54.35

Tahap sokongan: 51.25, 50.00

 


 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1299.00. Pembentukan candlestick dark cloud cover dan silang kematian dari MACD histogram mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan berikut di 1281.00.

 

Tahap rintangan: 1299.00, 1321.30

Tahap sokongan: 1281.00, 1263.00