27 Januari 2022 Analisis Sesi Pagi
Powell memacu lonjakan pada dolar AS.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada awal pagi tadi selepas Federal Reserve mendedahkan isyarat hawkish semasa mesyuarat dasar kewangannya. Seperti yang dijangkakan, Fed telah mengekalkan tetapan dasar kewangan semasa dari segi kadar faedah dan program pembelian bon. Secara keseluruhannya, para pelabur memberikan fokus kepada pandangan ekonomi serta kecenderungan Fed dalam memberikan isyarat yang hawkish. Beberapa ahli Fed mendedahkan bahawa mereka akan meningkatkan kadar faedah sekiranya keadaan ekonomi adalah memberangsangkan. Namun, Pengerusi Fed Jerome Powell mengulas bahawa ekonomi AS masih tertakluk kepada risiko kemelesetan akibat daripada penularan varian Omicron. Tambahan pula, beliau menjangkakan tahap inflasi untuk mengalami penyusutan sekiranya masalah seperti gangguan rantaian bekalan dan kekurangan bahan mentah selesai di dalam tempoh masa yang terdekat. Walaubagaimanapun, Powell menegaskan bahawa Fed mempunyai ruang yang mencukupi untuk meningkatkan kadar faedah tanpa menjejaskan pasaran pekerjaan semasa. Beliau juga mengulas bahawa tindakan tersebut adalah terpulang kepada pembebasan data ekonomi yang lebih lanjut. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.02% ke 96.40.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.71% ke $87.34 setong. Harga minyak menerima sokongan bullish berikutan dengan jangkaan terhadap Arab Saudi untuk meningkatkan harga jualan minyak berikutan dengan permintaan yang kukuh di seluruh dunia. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.05% ke $1,821.62 se troy auns selepas dolar AS meneruskan peningkatannya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
21:30 | Core Durable Goods Orders (MoM) (Dec) | 0.80% | 0.40% | – |
21:30 | GDP (QoQ) (Q4) | 2.30% | 5.40% | – |
21:30 | Initial Jobless Claims | 286K | 255K | – |
23:00 | Pending Home Sales (MoM) (Dec) | -2.20% | 0.30% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.60, 96.80
Tahap sokongan: 96.30, 95.95
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3510
Tahap sokongan: 1.3410, 1.3355
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 1.1260, 1.1310
Tahap sokongan: 1.1230, 1.1195
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari 113.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 115.40, 116.25
Tahap sokongan: 114.55, 113.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 0.7140, 0.7180
Tahap sokongan: 0.7085, 0.7040
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6710
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6595
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2620, 1.2545
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di 0.9210. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9255, 0.9280
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9210
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 84.60. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 87.40, 89.50
Tahap sokongan: 84.60, 82.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di 1812.80.
Tahap rintangan: 1830.20, 1850.00
Tahap sokongan: 1812.80, 1797.80