28 Januari 2022 Analisis Sesi Petang
Jangkaan hawkish Fed terus menjejaskan pasangan NZD/USD.
Pasangan NZD/USD kekal bearish walaupun data ekonomi yang positif dari rantau New Zealand, di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan terus mencetuskan permintaan pasaran terhadap Dolar AS. Menurut kepada Statistik New Zealand, Consumer Price Indeks (CPI) New Zealand telah mencapai sebanyak 1.4%, melebihi ramalan pasaran pada 1.3%. Momentum ekonomi untuk New Zealand kekal positif berikutan perbelanjaan pengguna yang kukuh selepas kes-kes Covid-19 berkurangan. Data yang positif tersebut telah meningkatkan peluang bagi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) untuk mengambil langkah selanjutnya bagi memerangi kenaikan kos inflasi. Sebaliknya, Dolar AS telah melonjak di atas jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan berikutan AS mengeluarkan data GDP yang optimis. Semasa penulisan, NZD/USD telah menyusut sebanyak 0.02% ke 0.6575.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.30% ke $87.50 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal berikutan ia mencapai tahap tertinggi baru-baru ini. Namun begitu, aliran keseluruhan minyak mentah kekal bullish di tengah-tengah kebimbangan gangguan bekalan berikutan peningkatan ketegangan di antara Rusia dan Ukraine. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.10% ke $1799.00 se troy auns setakat ini semasa penulisan susulan dengan penyusutan untuk Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q4) | 1.70% | -0.20% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.60, 98.35
Tahap sokongan: 96.75, 95.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3355. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3445.
Tahap rintangan: 1.3445, 1.3495
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3280
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1195, 1.1275
Tahap sokongan: 1.1110, 1.1020
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 115.40. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 115.40, 116.20
Tahap sokongan: 114.50, 113.35
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7115, 0.7275
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6875
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6690, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6530, 0.6385
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 1.2755, 1.2825
Tahap sokongan: 1.2685, 1.2580
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di 0.9280. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9380
Tahap sokongan: 0.9215, 0.9100
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 88.20, 90.90
Tahap sokongan: 86.30, 84.80
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1811.20, 1831.70
Tahap sokongan: 1785.00, 1765.00