4 Februari 2022 Analisis Sesi Pagi
BoE tingkatkan kadar faedah buat kali kedua.
Pound sterling melantun dengan ketara dari paras bawahnya selepas Bank Pusat England memberikan keputusan yang hawkish semasa mesyuarat dasar kewangannya. Pada semalam, BoE telah meningkatkan peningkatan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 0.25% ke 0.50%. Keputusan tersebut telah diambil selepas kerajaan UK memperkenalkan program berjumlah 9 bilion pound sterling bagi membantu meringankan beban dari peningkatan kos elektrik di UK. Semasa sidang media, Gabenor BoE Andrew Bailey mengulas bahawa peningkatan kos komoditi terutamanya gas asli dan minyak mentah adalah faktor utama yang mendorong peningkatan kadar inflasi. Bailey juga menegaskan bahawa pemulihan ekonomi yang rancak ditambah pula dengan gangguan ke atas rantaian bekalan serta kekurangan bahan mentah telah mendorong kepada peningkatan kos harga barangan pengguna. Pada masa yang sama, BoE akan memansuhkan program pembelian bon berjumlah 895 bilion pound sterling bagi membendung peningkatan tahap inflasi. Semasa penulisan, GBP/USD meningkat sebanyak 0.05% ke 1.3597.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.04% ke $90.17 setong berikutan dengan gangguan ke atas pembekalan minyak di Libya dan Nigeria. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1,805.19 se troy auns berikutan dengan kelemahan pada dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:30 | GBP – Construction PMI (Jan) | 54.3 | 54.3 | – |
21:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jan) | 199K | 150K | – |
21:30 | USD – Unemployment Rate (Jan) | 3.90% | 3.90% | – |
21:30 | CAD – Employment Change (Jan) | 54.7K | -117.5K | – |
23:00 | CAD – Ivey PMI (Jan) | 45 | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 95.80, 96.60
Tahap sokongan: 94.75, 93.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3630, 1.3690
Tahap sokongan: 1.3570, 1.3510
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 1.1440, 1.1475
Tahap sokongan: 1.1390, 1.1340
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 115.40, 116.25
Tahap sokongan: 114.55, 113.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7180, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7100
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6710
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6595
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2690, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2620, 1.2545
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9210, 0.9230
Tahap sokongan: 0.9190, 0.9165
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 91.00, 93.15
Tahap sokongan: 89.50, 87.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1812.80, 1830.20
Tahap sokongan: 1797.60, 1784.90