83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 Februari 2022                    Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: Februari 7 – 11

Reviu Pasaran (Forex): Januari 31 – Februari 4

US Dollar

Indeks dolar yang didagangkan terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah melanjutkan keuntungannya dan melantun semula dari paras rendah selepas mengalami kerugian daripada beberapa peristiwa penting minggu yang lalu. Pada hari Rabu lepas, saham Google dan Amazon melonjak selepas membebaskan rekod pendapatan kukuh. Ia telah menggalakkan para pelabur untuk meningkatkan risiko dan melibatkan diri dalam aset berisiko. Dengan itu, ia menyebabkan kejatuhan pada dolar AS.

 

Dolar melantun semula pada hari Jumaat selepas data menunjukkan ekonomi terbesar di dunia memaparkan penjanaan pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Data tersebut telah meningkatkan peluang untuk kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan pada mesyuarat dasar bulan Mac nanti. U.S. Nonfarm Payrolls telah memacu peningkatan pada indeks dolar dengan bilangan pekerjaan sebenar sebanyak 467,000, lebih tinggi berbanding ramalan Reuters sebanyak 150,000. Ia telah mengubah sentimen ke atas dolar ke arah yang positif selepas data pekerjaan ADP Nonfarm mengecewakan peserta pasaran pada minggu lepas.

 

Dolar juga menjejaki kenaikan dalam hasil Perbendaharaan A.S. Kedua-dua hasil dua tahun dan lima tahun AS, masing-masing meningkat kepada 1.2970% dan 1.79%. Dengan ini, jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi dapat dilihat di kalangan para pelabur.

 

Bagi dolar AS, pergerakan pasaran keseluruhan kekal positif disebabkan oleh keputusan yang baik daripada Nonfarm Payrolls serta jangkaan kenaikan kadar yang kukuh daripada lonjakan hasil perbendaharaan. Buat masa ini, para pelabur akan terus memerhatikan peristiwa ekonomi penting seperti CPI dan Laporan Dasar Monetari Fed yang akan datang untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS. Semasa penulisan, indeks dolar telah didagangkan pada harga 95.64.

 

USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lepas sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 115.35. Momentum bullish keseluruhan untuk USD/JPY adalah disebabkan terutamanya oleh penyusutan Yen Jepun. Yen telah menerima tekanan penjualan yang ketara minggu lepas di tengah-tengah laporan kerja yang bullish serta laporan pendapatan daripada syarikat-syarikat utama di Amerika Syarikat telah meningkatkan selera risiko dalam pasaran kewangan global minggu lepas, mengurangkan daya tarikan ke atas aset selamat Yen.

 

EUR/USD

Pasangan mata wang EUR/USD telah didagang dengan tinggi minggu lepas secara keseluruhan sementara menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.1462. Momentum keseluruhan untuk Euro kekal bullish dengan latar belakang nada hawkish daripada Bank Pusat Eropah minggu lepas. Menurut kepada Reuters, ECB akhirnya mengakui bahawa risiko inflasi yang meningkat akan bertahan dalam jangka panjang sambil menandakan kemungkinan melaksanakan pengetatan dasar monetari pada tahun ini untuk memerangi risiko inflasi yang tinggi. Inflasi zon Euro mencecah paras rekod untuk bulan ketiga berturut-turut, menjejaskan pertumbuhan dalam perbelanjaan pengguna sambil meningkatkan kebarangkalian untuk ECB menaikkan kadar faedah pada jangka pendek. Walau bagaimanapun, peserta pasaran akan terus memerhati sekiranya terdapat sebarang anjakan dalam prospek Bank Pusat Eropah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya

 

GBP/USD

Pasangan mata wang GBP/USD telah didagang dengan lebih tinggi sebelum menamatkan sesi perdagangan minggu lepas pada harga 1.3535. Pound Sterling telah menerima momentum bullish minggu lepas selepas Bank Pusat UK telah meningkatkan kadar faedah semasa mesyuarat dasar monetarinya minggu lepas. Dengan majoriti lima hingga empat, Jawatankuasa Dasar Monetari telah mengundi untuk meningkatkan kadar faedah dari bacaan terdahulu sebanyak 0.25% ke bacaan sebanyak 0.5%. Para pelabur kini menjangkakan BoE akan meningkatkan kadar faedah mereka kepada sekurang-kurangnya 1% menjelang Mei dan 1.5% menjelang November untuk menstabilkan risiko inflasi. Selain itu, Bank Pusat UK juga memutuskan untuk mengurangkan program pembelian bon awal yang sebanyak £875bn untuk meningkatkan kecekapan pengetatan dasar monetari. Peningkatan kadar faedah serta program pembelian bon yang berkurangan berkemungkinan akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan, yang selanjutnya meningkatkan daya tarikan untuk Pound Sterling.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Januari 31 – Februari 4

GOLD

Harga emas telah didagang dengan rata pada minggu lalu dengan harga $1812.05 se troy auns menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan untuk pengesahan lanjut mengenai kenaikan kadar faedahnya. Buat masa ini, para pelabur membuat spekulasi bahawa Fed akan mula mengetatkan dasar monetari pada kadar yang lebih pantas daripada yang jangkaan untuk memerangi kadar inflasi yang sentiasa tinggi. Selain itu, data pekerjaan Nonfarm Payroll yang optimistik dari Amerika Syarikat minggu lalu juga mendorong prospek positif ke arah momentum ekonomi di Amerika Syarikat, meningkatkan jangkaan kenaikan kadar daripada Fed sambil mendorong Hasil Perbendaharaan AS melonjak kepada rekod tinggi. Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau perkembangan mengenai keputusan kenaikan kadar daripada Fed untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meningkat dengan ketara pada minggu lepas sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $91.55 se tong. Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah musim sejuk telah merentasi tengah dan Timur Laut Amerika Syarikat pada minggu lalu, yang selanjutnya menjejaskan bekalan minyak pada masa hadapan, manakala OPEC dan sekutunya terus bergelut untuk meningkatkan pengeluaran mereka susulan dengan kekurangan kapasiti. Di samping itu, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya selepas data inventori yang bullish telah dibebaskan pada minggu lalu. Menurut kepada Energy Infromation Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah AS telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 2.377M ke bacaan sebanyak -1.046M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 1.525M.

 

Tinjauan Pasaran: Februari 7 – 11

Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai penularan Omicron di seluruh dunia bagi menilai keadaan ekonomi.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Januari 24 – 28

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 7hb Februari 2022
8:30   AUD Retail Sales (MoM) (Jan) -4.40%
Selasa – 8hb Februari 2022
N/A
Rabu – 9hb Februari 2022
23:30   USD Crude Oil Inventories 1.525M -1.046M
Khamis – 10hb Februari 2022
21:30   USD Core CPI (MoM) (Jan) 0.50% 0.60%
21:30   USD Initial Jobless Claims 228K 238K
Jumaat – 11hb Februari 2022
4:15   GBP BoE Gov Bailey Speaks
15:00   GBP GDP (YoY) (Q4) 6.50% 6.80%
15:00   GBP Manufacturing Production (MoM) (Dec) 0.20% 1.10%