11 Februari 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak susulan inflasi tinggi.
Dolar AS melantun dari paras rendahnya selepas kadar inflasi yang tinggi di AS mencungkil spekulasi bullish terhadap Federal Reserve. Menurut kepada US Labor Department, Core CPI bagi bulan Januari memberi bacaan sebanyak 0.6%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu 0.5%. Peningkatan harga pada bulan lepas adalah menyeluruh berikutan dengan kos yang lebih tinggi bagi sewa, elektrik dan makanan. Susulan dengan data tersebut, ahli Fed James Bullard mengulas bahawa data inflasi terkini telah mengukuhkan pendekatan dasar kewangan yang bakal diambil bagi tempoh masa terdekat. Apabila merujuk kepada CME FedWatch Tool, kemungkinan untuk berlakunya peningkatan kadar faedah sebanyak 50 mata asas telah meningkat ke 89.9%, sementara kemungkinan untuk peningkatan sebanyak 25 mata asas hanya 10.1%. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu isyarat yang lebih lanjut dari AS bagi menentukan arah alirannya. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.01% ke 95.61.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.17% ke $90.04 setong selepas laporan menunjukan peningkatan pada kadar eksport minyak dari Iran walaupun sanksi masih dikenakan. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $1,826.89 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 USD Fed Monetary Policy Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GDP (YoY) (Q4) | 6.80% | 6.50% | – |
15:00 | Manufacturing Production (MoM) (Dec) | 1.10% | 0.20% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 95.80, 96.60
Tahap sokongan: 94.75, 93.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3570, 1.3630
Tahap sokongan: 1.3510, 1.3470
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 1.1440, 1.1480
Tahap sokongan: 1.1390, 1.1340
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan di tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 116.25, 117.00
Tahap sokongan: 115.40, 114.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 0.7180, 0.7230
Tahap sokongan: 0.7140, 0.7100
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6710
Tahap sokongan: 0.6635, 0.6595
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2835
Tahap sokongan: 1.2715, 1.2660
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9280, 0.9300
Tahap sokongan: 0.9255, 0.9230
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 91.00, 93.15
Tahap sokongan: 89.50, 87.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1830.00, 1850.00
Tahap sokongan: 1812.80, 1797.40