14 Februari 2022 Analisis Sesi Pagi
Peningkatan ketegangan di antara Russia-Ukraine, meningkatkan daya tarikan Dolar.
Indeks Dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah melonjak berikutan peningkatan ketegangan di antara Rusia dan Ukraine, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar. Amerika Syarikat menegaskan pada hari Ahad bahawa Rusia akan menyerang Ukraine pada bila-bila masa dan akan mencipta alasan mengejut untuk serangan. Menurut kepada Reuters, pada masa ini Rusia mempunyai lebih daripada 100,000 tentera berkumpul di sekitar Ukraine, yang selanjutnya meningkatkan di ketegangan antara kedua-dua negara tersebut. Presiden Biden bercakap dengan Vladimir Putin semalam dan memberi amaran bahawa AS dan sekutunya akan bertindak balas “secara tegas dan mengenakan kos yang pantas dan teruk” ke atas Rusia sekiranya Putin memutuskan untuk menyerang Ukraine. Para pelabur membuat spekulasi bahawa ketegangan geopolitik yang semakin meningkat antara kedua-dua negara mungkin akan menjejaskan ekonomi global, yang meningkatkan daya tarikan untuk aset selamat. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.10% ke 96.10.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.04% ke $94.15 setong semasa penulisan berikutan dengan peningkatan kebimbangan mengenai pencerobohan Ukraine oleh Rusia, menambah kebimbangan lanjut mengenai gangguan bekalan global untuk minyak mentah. Buat masa ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan mengenai ketegangan antara Rusia-Ukraine untuk menjangkakan pergerakan ke atas komoditi hitam tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.15% ke $1861.40 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah penurunan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendah. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan pada tahap rintangannya.
Tahap rintangan: 96.75, 97.60
Tahap sokongan: 95.55, 94.70
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 1.3615, 1.3655
Tahap sokongan: 1.3510, 1.3445
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan di tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 1.1455, 1.1530
Tahap sokongan: 1.1340, 1.1195
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 116.20, 117.00
Tahap sokongan: 115.40, 114.50
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan pada tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 0.7270, 0.7455
Tahap sokongan: 0.7115, 0.7000
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan pada tahap sokongannya.
Tahap rintangan: 0.6690, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6530, 0.6385
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2755, 1.2825
Tahap sokongan: 1.2660, 1.2580
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.9215. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9305, 0.9380
Tahap sokongan: 0.9215, 0.9100
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 92.40, 94.60
Tahap sokongan: 88.75, 85.90
GOLD_,Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1850.50. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1873.30.
Tahap rintangan: 1873.30, 1896.50
Tahap sokongan: 1850.50, 1829.65