9 Oktober 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 9 – 13
Kajian Pasaran (Forex): Oktober 2 – 6
Dolar A.S.
Greenback berundur sedikit pada lewat sesi perdagangan Jumaat di tengah-tengah kebimbangan baru mengenai ketegangan dengan Korea Utara walaupun laporan pekerjaan telah memberikan pandangan yang optimistik kepada para pelabur. Indeks dolar menyusut sebanyak 0.16% sementara mengakhiri minggu lalu di paras 93.62 selepas ia menyentuh paras tertinggi di dalam tempoh dua bulan berhampiran 94.10.
Mata wang dolar mengalami tekanan selepas laporan memberi spekulasi bahawa Korea Utara mungkin bersiap untuk menguji peluru berpandu jarak jauh pada Hari Pengasas Parti Komunis pada 10hb Oktober ini. Suasana risiko geopolitik yang lebih tinggi telah menekan dolar AS untuk menyerah keuntungan yang dijana dari data pekerjaan yang optimistik walaupun ia untuk mendorong kepada tekanan inflasi yang lebih tinggi pada tempoh masa yang akan datang.
Walaupun AS telah mengalami penyusutan sebanyak 33,000 pekerjaan pada bulan lalu09, Jabatan Buruh menegaskan bahawa penurunan tersebut adalah didorong oleh kesan daripada Taufan Irma dan Harvey. Secara ringkasnya, kadar pengangguran negara menurun sebanyak 0.2% ke paras terendah sejak 2001 dengan 4.2%. Selain itu, purata pendapatan sejam telah memberikan keputusan yang lebih positif dan mencatat peningkatan sebanyak 2.9% bagi perbandingan tahun ke tahun.
Dua data tersebut telah mengehadkan kerugian pada dolar A.S. oleh kerana Bank Pusat A.S. dijangka untuk meneruskan pelan pengetatan dasar kewangan menjelang bulan Disember nanti.
US Nonfarm Payrolls

—– Ramalan
Nonfarm Payrolls bagi bulan September telah mencatat penyusutan sebanyak 33,000 pekerjaan akibat daripada ribut tropika.
US Unemployment Rate

—– Ramalan
Kadar pengangguran negara susut ke paras terendah sejak tahun 2001 dengan 4.2%.
US Average Hourly Earnings

—– Ramalan
Purata pertumbuhan gaji sejam telah meningkat sebanyak 0.5% sambil meningkatkan prospek bagi kenaikan kadar pada akhir tahun ini.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY memangkas keuntungan sebanyak 0.17% ke 112.62 pada lewat sesi perdagangan hari Jumaat.
EUR/USD
Euro meningkat sebanyak 0.18% ke $1.1732 berbanding dengan dolar A.S. selepas ia mengalami kerugian akibat daripada kekurangan isyarat mengenai pengurangan dasar kewangan longgar dari Bank Pusat Eropah (ECB).
GBP/USD
Pound sterling melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.4% ke $1.3056 berbanding dengan dolar A.S. sambil mencatat kerugian yang terbesar di dalam setahun akibat daripada risiko Brexit.
Kajian Pasaran (Komoditi): Oktober 2 – 6
GOLD
Harga emas melantun kembali dari paras rendah dua bulan berlatarbelakangkan risiko yang makin meningkat di Semenanjung Korea yang telah mencetuskan penghindaran risiko dan meningkatkan permintaan aset selamat. Harga logam kuning tersebut melonjak sebanyak 0.48% sambil mengakhiri minggu lalu di sekitar $1,279.26. Walau bagaimanapun, keuntungan yang telah dicatat oleh aset ini adalah terhad oleh kerana majoriti para pelabur memberikan prospek yang lebih tinggi untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Disember.
Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, para pelabur kini memberikan harga peluang sebanyak 87.8% untuk kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada bulan Disember memandangkan pasaran buruh A.S. masih di dalam aliran untuk mencapai status tenaga buruh penuh (full employment). Harga emas adalah sensitif terhadap kenaikan kadar oleh kerana ia boleh meningkatkan kos peluang untuk memegang aset yang tidak berhasil seperti emas.
Crude Oil
Harga minyak mentah menjunam pada hari Jumaat lalu sambil mematahkan pemulihannya berikutan dengan kebimbangan akan kelebihan stok yang telah dibangkitkan semula di dalam pasaran. Harganya mengalami kerugian lebih daripada $1.50 atau 3% dan menutup niaga di bawah paras $50 dengan hanya $49.29 setong. Para pelabur kini akan mengalihkan tumpuan mereka kepada potensi gangguan ke aras pengeluaran minyak dan aktiviti penapisan selepas Teluk Mexico dijangka untuk dilanda oleh ribut taufan Nate.
Di dalam perjanjian asal yang telah dicapai hampir setahun yang lalu, OPEC dan 10 bukan ahli lain telah memutuskan untuk mengehadkan pengeluaran harian secara kolektif sebanyak 1.8 juta tong sehari selama enam bulan. Perjanjian tersebut kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga ke bulan Mac tahun depan di dalam usaha untuk mempergiatkan lagi pengimbangan semua di dalam pasaran minyak global. Terdahulu, usaha mereka telah terjejas selepas pengeluar yang tidak terbabit seperti A.S., Nigeria dan Libya meningkatkan pengeluaran harian secara mendadak. Kartel dan para pengeluar yang lain akan bertemu sekali lagi di Vienna pada 30hb November atas kemungkinan untuk melanjutkan perjanjian tersebut melebihi tahun 2018 jika perlu diperlukan.
Tinjauan Mingguan: Oktober 9 – 13
Bagi minggu ini, para pelabur akan memantau pembebasan minit mesyuarat FOMC pada hari Rabu untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai tempoh kenaikan kadar faedah. Selain itu, data kadar inflasi dan jualan runcit pada hari Jumaat juga akan diberikan tumpuan oleh orang ramai. Di rantau Eropah, ucapan dari pengerusi ECB Mario Draghi akan difokus oleh para pelabur bagi melihat tempoh peralihan dasar kewangan yang longgar dan mengurangkan program pembelian bonnya.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia. Sementara itu, kebanyakan para pelabur juga akan menunggu keputusan tindakan Presiden A.S. Donald Trump ke atas Iran yang melanggar perjanjian antarabangsa senjata nuklear pada hari Khamis ini. Negara tersebut adalah salah satu ahli OPEC dan pengeluar utama di Timur Tengah.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 9 – 13
| Isnin, Oktober 9 |
Data CNY – Caixin Services PMI (Sep) EUR – German Industrial Production (MoM) (Aug)
Acara N/A
|
| Selasa, Oktober 10 |
Data AUD – NAB Business Confidence (Sep) EUR – German Trade Balance (Aug) CNY – New Loans GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) GBP – Trade Balance (Aug) CAD – Housing Starts (Sep) CAD – Building Permits (MoM) (Aug)
Acara USD – FOMC Member Kashkari Speaks
|
| Rabu, Oktober 11 |
Data USD – JOLTs Job Openings (Aug)
Acara CrudeOIL – OPEC Monthly Report USD – FOMC Meeting Minutes USD – FOMC Member Williams Speaks
|
| Khamis, Oktober 12 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock EUR – Industrial Production (MoM) (Aug) USD – Initial Jobless Claims USD – PPI (MoM) (Sep) CAD – New Housing Price Index (MoM) (Aug) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara CrudeOIL – IEA Monthly Report USD – FOMC Member Brainard Speaks USD – FOMC Member Powell Speaks EUR – ECB President Draghi Speaks
|
|
Jumaat, Oktober 13
|
Data CNY – Trade Balance (USD) (Sep) EUR – German CPI (MoM) (Sep) USD – Core CPI (MoM) (Sep) USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) USD – Retail Sales (MoM) (Sep) USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Oktober 9 – 13
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap Fibonacci 23.6 iaitu 93.95. Pergerakan harga sebegini mencadangkan pengunduran bagi jangka pendek kepada indeks tersebut sementara penyempitan kedua-dua garisan MA sambil menuju ke atas memberikan isyarat kepada bias menaik selepas ia memecahkan tahap 93.95.
Tahap rintangan: 93.95, 95.85
Tahap sokongan: 92.45, 90.95
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah). Garisan isyarat dari MACD histogram yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan pasangan tersebut untuk menurun selanjutnya dan menguji di tahap sokongan 1.3020.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3450
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2820
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY masih berayun berhampiran dengan tahap rintangan yang kukuh di 112.85 berikutan dengan kegagalannya untuk menutup di atas tahap ini. MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat menurun mencadangkan bias menurun kepada USDJPY untuk menurun jika ia menembusi garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 112.85, 114.35
Tahap sokongan: 111.65, 110.85
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh di 1.1680. Pergerakan harga tersebut serta penyusutan pada momentum menurun dari MACD histogram mencadangkan bias menaik kepada pasangan ini untuk meningkat selanjutnya ke sasaran tahap rintangan di 1.1865.
Tahap rintangan: 1.1865, 1.2090
Tahap sokongan: 1.1680, 1.1425
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas memangkas kerugian sebelumnya selepas ia melantun dari tahap sokongan 1263.00. Kedua-dua garisan isyarat dari MACD histogram yang meneruskan penyempitan dan menuju ke atas mencadangkan harga emas untuk melanjutkan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap 1281.00.
Tahap rintangan: 1281.00, 1299.05
Tahap sokongan: 1263.00, 1237.35
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara ia telah melantun dari garisan 60-MA (hijau) baru-baru ini. Pergerakan harga tersebut mencadangkan harga komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek dan menuju ke arah tahap rintangan 50.20.
Tahap rintangan: 50.20, 52.40
Tahap sokongan: 48.65, 47.05