83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Dolar A.S. tumbang selepas minit FOMC.

Indeks dolar telah susut sebanyak 0.32% ke paras 92.67 selepas ahli Bank Pusat A.S. (Fed) memberikan ketidakpastian mereka terhadap kenaikan kadar pada bulan Disember nanti. Perdebatan diantara ahli telah dipanjangkan susulan dengan mesyuarat FOMC pada bulan September yang berkaitan dengan prospek kadar inflasi yang suram dan ia boleh melambatkan proses kenaikan kadar pada jangka masa yang akan datang. Sementara itu, mereka juga telah mengumumkan untuk mengurangkan portfolio bon yang besar mulai bulan ini susulan dengan krisis kewangan terdahulu dan undian sebulat suara untuk mengekalkan kadar faedah pada paras yang stabil. Secara rumusnya juga, Fed menegaskan bahawa pelan kenaikan kadar yang seterusnya akan bergantung kepada data ekonomi bagi beberapa bulan yang akan datang. Semalaman, data Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTs) bagi bulan Ogos yang telah dilaporkan oleh Labor Department A.S. menunjukan penyusutan ke paras 6.082 juta, di bawah jangkaan sebanyak 6.125 juta. Melihat kepada sentimen pasaran, Fed Rate Monitor Tool memaparkan bahawa hampir 90% daripada para pedagang menjangkakan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember berbanding dengan hanya 80% pada minggu lalu.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.40% ke $51.08 setong susulan dengan peningkatan inventori minyak di A.S. walaupun OPEC cuba untuk mengurangkan pengeluaran mereka. Sementara itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.52% ke $1,292.53 se troy auns berikutan dengan data A.S. dan minit mesyuarat FOMC yang bersifat pesimis.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                               Acara

Tentative               CrudeOIL                               IEA Monthly Report

22:30                     USD                                      FOMC Member Brainard Speaks

22:30                     USD                                      FOMC Member Powell Speaks

22:30                     EUR                                      ECB President Draghi Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:00 EUR – Industrial Production (MoM) (Aug) 0.1% 0.5%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 260K 255K
20:30 USD – PPI (MoM) (Sep) 0.2% 0.4%
20:30 CAD – New Housing Price Index (MoM) (Aug) 0.4% 0.3%
23:00 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -6.023M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3175. Pasangan tersebut kini sedang menguji di garisan 200-MA dan tahap rintangan di 1.3240. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan momentum menaiknya dan menuju ke arah 1.3315.

 

Tahap rintangan: 1.3315, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3025


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecah keluar dari tahap rintangan 1.1820. Pasangan tersebut kini sedang menguji di garisan 200-MA dan tahap rintangan di 1.1870. Penutupan niaga di atas tahap ini akan mencadangkan EURUSD untuk menaik selanjutnya dan sasarannya berada di tahap rintangan 1.1990.

 

Tahap rintangan: 1.1870, 1.1990

Tahap sokongan: 1.1820, 1.1775


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 112.05. Ia adalah dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih teliti sebelum memasuki dagangan berikutan dengan kekurangan isyarat jelas dari pergerakan harga dan penunjuk MACD.

 

Tahap rintangan: 112.60, 113.00

Tahap sokongan: 112.05, 111.65

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 51.35. Pembentukan lilin engulfing dan negative divergence yang dipaparkan oleh penunjuk MACD mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal pada jangka pendek ke sasaran berikut di tahap sokongan 50.80.

 

Tahap rintangan: 51.35, 51.70

Tahap sokongan: 50.80, 50.65


 

GOLD

GOLD_, H4:  Harga emas telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1278.25. Pembentukan lilin engulfing mencadangkan momentum bullish namun ia adalah lebih lemah berikutan dengan penunjuk MACD histogram yang memaparkan penyusutan padanya. Oleh itu, pemecahan dari tahap 1295.55 akan mencadangkan harga emas untuk meneruskan momentum menaiknya dengan lebih ketara.

 

Tahap rintangan: 1295.55, 1306.50

Tahap sokongan: 1278.25, 1260.60