03 Mac 2022 Analisis Sesi Petang
Aussie telah meningkat susulan dengan data ekonomi positif.
Dolar Australia telah melonjak di atas latar belakang data ekonomi yang optimis semalam, yang meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau Australia. Menurut kepada Australia Bureau of Statistiks, Gross Domestik Produk (GDP) Australia bagi suku lepas telah meningkat dengan ketara daripada bacaan sebelumnya sebanyak -1.9% ke bacaan sebanyak 3.4%, melebihi ramalan pasaran sebanyak -2.7%. Pemacu utama bacaan positif kebanyakannya disebabkan oleh kadar perbelanjaan pengguna yang tinggi berikutan sekatan penutupan Covid-19 dilonggarkan. Namun begitu, Dolar Australia telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan kekurangan selera risiko dalam pasaran global. Para pelabur kekal bimbang bahawa ketegangan yang meningkat antara Rusia-Ukraine serta kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan berkemungkinan akan mencetuskan risiko tinggi dalam pasaran kewangan. Semasa penulisan, AUD/USD telah melonjak sebanyak 0.05% ke 0.7290.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.78% ke $114.85 setong semasa penulisan. Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya keuntungannya berikutan data inventori minyak mentah dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), data Inventori Minyak Mentah AS telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 4.515M ke bacaan sebanyak -2.597M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 2.748M. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.06% ke $1929.95 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
23:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:30 | GBP – Composite PMI (Feb) | 60.2 | 60.2 | – |
17:30 | GBP – Services PMI (Feb) | 60.8 | 60.8 | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 232K | 226K | – |
23:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) | 59.9 | 61.0 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.45., 98.95
Tahap sokongan: 96.55, 95.65
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu sebanyak 1.3355. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3440.
Tahap rintangan: 1.3440, 1.3500
Tahap sokongan: 1.3355, 1.3275
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu sebanyak 1.1120. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1120, 1.1230
Tahap sokongan: 1.1010, 1.1095
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 115.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 115.65, 116.25
Tahap sokongan: 114.60, 113.65
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.7305. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7305, 0.7400
Tahap sokongan: 0.7180, 0.7095
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6715. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6865.
Tahap rintangan: 0.6865, 0.7050
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2635. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2800, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2635, 1.2475
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9270.
Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345
Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 114.10. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 114.10, 117.90
Tahap sokongan: 110.80, 106.20
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1919.30. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1946.30, 1971.50
Tahap sokongan: 1919.30, 1888.35