83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Mac 2022                          Analisis Sesi Pagi

Pasaran ekuiti turun, aset selamat Dolar menerima momentum bullish.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak semalam berikutan kekurangan selera risiko dalam pasaran kewangan global, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat Dolar AS. Semalam, pasaran ekuiti AS menyusut dengan ketara berikutan konflik Rusia-Ukraine yang semakin memuncak. Para pelabur kekal bimbang bahawa ketegangan tersebut mungkin akan mencetuskan risiko inflasi yang ketara pada masa hadapan, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap margin keuntungan syarikat. Selain itu, Dolar AS melanjutkan keuntungannya di tengah-tengah jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Baru-baru ini, peningkatan inflasi telah meningkatkan kemungkinan Fed untuk melaksanakan dasar kenaikan kadar dalam asas jangka pendek untuk memerangi risiko inflasi. Pengetatan dasar monetari akan mengurangkan bekalan wang untuk pasaran Dolar AS, merangsang momentum bullish pada Dolar AS. Sehingga laporan ini ditulis, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.60% ke 99.25.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.19% ke $121.81 setong semasa penulisan. Pasaran minyak telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan para pelabur membuat spekulasi bahawa pelaksanaan sanksi dari negara Barat ke Rusia akan terus mengganggu bekalan minyak mentah pada masa hadapan. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.02% ke $1998.05 setiap auns troy semasa penulisan di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran kewangan global.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.25.

 

Tahap rintangan: 100.25, 101.20

Tahap sokongan: 98.85, 97.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3095. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3190, 1.3290

Tahap sokongan: 1.3095, 1.2985

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tinggi . Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0985, 1.1065

Tahap sokongan: 1.0860, 1.0770

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 114.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 115.65.

 

Tahap rintangan: 115.65, 116.25

Tahap sokongan: 114.60, 113.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7410. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7410, 0.7525

Tahap sokongan: 0.7285, 0.7180

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6895. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6895, 0.7050

Tahap sokongan: 0.6715, 0.6535

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2805. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2875

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2705

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9175. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9270, 0.9345

Tahap sokongan: 0.9175, 0.9095

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 115.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komooditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 122.80, 132.55

Tahap sokongan: 115.85, 106.20

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1967.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 2001.45, 2025.95

Tahap sokongan: 1967.90, 1946.30