26 Oktober 2017 Analisis Harian
Sterling melonjak susulan data GDP yang optimistik.
Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia susut sebanyak 0.32% ke 93.35 berbanding dengan sebakul enam mata wang utama yang lain. Walaupun data jualan rumah baru dari A.S. telah mencecah paras tinggi 10 tahun, namun keuntungan yang dicapai telah dipangkas oleh lonjakan pound sterling susulan dengan laporan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi di United Kingdom. Menurut kepada US Commerce Department, pesanan barangan modal bukan pertahanan telah meningkat sebanyak 1.3% berbanding 1% pada bulan September sementara jualan rumah baru telah melonjak sebanyak 18.9% ke 667,000 unit berbanding dengan ramalan untuk menurun sebanyak 0.9% ke 555,000 unit. Terdahulu, sentimen terhadap dolar A.S. telah bertukar positif berikutan dengan spekulasi yang makin bertambah hangat bahawa ekonomis University Stanford John Taylor berkemungkinan untuk dilantik sebagai pengerusi Bank Pusat A.S. (Fed) yang seterusnya. Taylor adalah bersifat lebih agresif terhadap dasar kewangan selepas beliau mengulas bahawa Fed seharusnya meningkatkan kadar faedah seiras dengan paras inflasi dan perkembangan ekonomi negara. Bagi rantau yang lain, GBP/USD telah melonjak sebanyak 1% ke paras tinggi 8 hari ke paras $1.3270 susulan dengan data pertumbuhan UK yang lebih kukuh. Data GDP telah memaparkan peningkatan sebanyak 1.5% bagi tahunan dan 0.4% bagi sukuan yang telah mencetuskan prospek tinggi terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England pada minggu hadapan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 2 cents ke $52.07 setong selepas Energy Information Administration (EIA) menunjukan peningkatan sebanyak 856,000 tong pada minggu lalu. Selain itu, harga emas telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.39% ke $1,280.42 se troy auns berikutan dengan kelemahan pada dolar A.S. walaupun data ekonomi A.S. adalah lebih positif.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Press Conference
22:30 USD FOMC Member Kashkari Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 05:45 | NZD – Trade Balance (MoM) (Sep) | -1235M | -900M | -1.143M |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate | -0.40% | -0.40% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 222K | 235K | – |
| 22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Sep) | -2.6% | 0.2% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3220. Susunan lilin bullish dan pembentukan corak silang emas oleh MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3440
Tahap sokongan: 1.3220, 1.3140
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1785. Susunan lilin bullish dan silang emas dari MACD histogram mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran berikut di 1.1825.
Tahap rintangan: 1.1825, 1.1870
Tahap sokongan: 1.1785, 1.1735
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia gagal untuk memecahkan tahap rintangan di 114.00. Pasangan tersebut kini sedang menguji di tahap sokongan 113.50. Penutupan lilinnya di bawah sasaran 113.50 akan mencadangkan lanjutan pada kerugiannya ke sasaran berikut di 113.15.
Tahap rintangan: 114.00, 114.30
Tahap sokongan: 113.50, 113.15
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.20. MACD histogram yang susur ke atas mencadangkan harganya untuk meningkat namun pemecahan dari sasaran 52.20 adalah diperlukan untuk mendapat momentum bagi meneruskan kenaikannya.
Tahap rintangan: 52.20, 52.55
Tahap sokongan: 51.65, 51.25
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1273.95. Komoditi tersebut kini sedang menguji di tahap rintangan 1279.55. Penutupan lilin di atas sasaran 1279.55 serta garisan isyarat MACD yang susur ke atas akan mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya ke tahap rintangan 1283.40.
Tahap rintangan: 1279.55, 1283.40
Tahap sokongan: 1273.95, 1268.55