22 Mac 2022 Analisis Sesi Petang
Euro menyusut berikutan lonjakan kos bahan mentah.
Euro melanjutkan kerugiannya pada hari Selasa selepas Kesatuan Eropah mempertimbangkan untuk melaksanakan embargo minyak ke atas Rusia. Menurut kepada Reuters, kerajaan Kesatuan Eropah akan mempertimbangkan sama ada akan mengenakan larangan minyak ke atas Rusia susulan dengan pencerobohannya ke atas Ukraine. Mereka akan berkumpul pada minggu ini dengan Presiden AS Joe Biden untuk mengadakan beberapa siri sidang kemuncak yang direka untuk membincangkan tindak balas Barat terhadap Moscow. Terdahulu, EU dan sekutu telah mengenakan pelbagai hukuman terhadap Rusia, termasuk membekukan aset bank pusatnya. Pelaksanaan sanksi terhadap minyak Rusia mungkin akan mengurangkan peredaran minyak di pasaran, yang selanjutnya menyebabkan lonjakan ke atas harga minyak mentah. Namun begitu, memandangkan EU bergantung terutamanya kepada Rusia untuk import produk tenaga, peningkatan kos bahan mentah akan mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Eropah sekiranya EU membenarkan untuk mengharam import minyak Rusia. Sementara kini, para pelabur harus memantau perkembangan mengenai keputusan pelaksanaan embargo Rusia dari EU untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, Euro telah menyusut sebanyak 0.13% ke 1.1000.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat 2.53% ke $112.75 setong semasa penulisan atas latar belakang EU untuk mempertimbangkan embargo minyak Rusia. Selain itu, emas telah meningkat sebanyak 0.35% ke $1936.30 se troy auns semasa penulisan disebabkan oleh ketegangan konflik Rusia-Ukraine yang semakin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:15 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 99.35, 100.40
Tahap sokongan: 97.80, 96.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3190, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245
Tahap sokongan: 1.0980, 1.0820
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 119.90. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 119.90, 122.95
Tahap sokongan: 116.15, 113.45
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7410, 0.7525
Tahap sokongan: 0.7250, 0.7180
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6905. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6905, 0.6965
Tahap sokongan: 0.6800, 0.6715
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2750, 1.2890
Tahap sokongan: 1.2565, 1.2485
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9310, 0.9115
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 115.90, 121.75
Tahap sokongan: 111.10, 104.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1946.35, 1973.00
Tahap sokongan: 1912.60, 1881.35