83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Berapa lamakah Fed akan kekal hawkish?

Dolar AS telah melantun dari paras rendahnya susulan dengan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed) pada awal pagi tadi. Seperti yang dijangkakan, Fed telah memotong kadar faedah sebanyak 25 mata asas dari 2.25% ke 2.00%. Walaupun dot-plot tidak memaparkan sebarang pemotongan kadar bagi sepanjang tahun 2020, 7 ahli Fed telah memberikan pendapat untuk mempunyai satu lagi pemotongan kadar di dalam tahun ini. Di dalam laporan ramalan ekonomi yang telah dikemaskini, bank pusat tersebut menjangkakan pertumbuhan ekonomi dan kadar pengangguran yang lebih tinggi bagi tahun 2019 sementara tidak melakukan sebarang perubahan ke atas jangkaan inflasi. Walaupun Fed memberikan pandangan yang optimistik terhadap ekonomi AS, mereka menegaskan untuk menukar garis panduan dasar kewangan sekiranya keadaan semasa makin bertambah buruk. Semasa sedia media, pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan untuk memotong kadar faedah dengan lebih lanjut sekiranya perkembangan ekonomi tersasar daripada ramalan yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, sentimen Fed bagi kali ini adalah lebih hawkish. Namun, kemungkinan pemotongan kadar pada masa depan telah mengehadkan kenaikan bagi dolar AS. Oleh itu, para pelabur akan meneruskan pemantauan mereka ke atas data ekonomi yang lebih lanjut dari AS untuk meramal kemungkinan pemotongan kadar faedah dari Fed. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.29% ke 98.08 sementara pasangan USD/JPY menokok sebanyak 0.01% ke 108.41.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.12% ke $58.19 setong. Niaga hadapan minyak mengalami penjualan yang ketara selepas Energy Information Administration melaporkan peningkatan pada stok minyak bagi minggu lepas sebanyak 1.058 juta tong, tersasar daripada ramalan untuk menurun sebanyak -2.496 juta tong. Selain itu, harga emas susut sebanyak 0.05% ke $1,493.30 se troy auns berikutan dengan nada hawkish Fed yang telah menukar sentimen pasaran untuk beralih kepada aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 JPY                          BoJ Monetary Policy Statement

Tentatif                 JPY                          BoJ Press Conference

15:30                   CHF                          SNB Monetary Policy Assessment

19:00                   GBP                          BoE MPC Meeting Minutes

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Acara Terdahulu Ramalan Sebenar
11:00 JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
15:30 CHF – SNB Interest Rate Decision -0.75% -0.75%
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Aug) 0.2% -0.2%
19:00 GBP – BoE Interest Rate Decision (Sep) 0.75% 0.75%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 204K 213K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Sep) 16.8 11.0
22:00 USD – Existing Home Sales (Aug) 5.42M 5.37M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji garisan 50 MA (Biru). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di garisan 50 MA (Biru).

 

Tahap rintangan: 98.40, 98.65

Tahap sokongan: 98.00, 97.50

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2515. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2405.

 

Tahap rintangan: 1.2515, 1.2665

Tahap sokongan: 1.2405, 1.2325

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.0965.

 

Tahap rintangan: 1.1150, 1.1300

Tahap sokongan: 1.0965, 1.0855

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 108.25. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 108.70.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.25

Tahap sokongan: 108.25, 107.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6795.

 

Tahap rintangan: 0.6835, 0.6875

Tahap sokongan: 0.6795, 0.6750

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6295. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6295.

 

Tahap rintangan: 0.6425, 0.6490

Tahap sokongan: 0.6295, 0.6200

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3335.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3530

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3020

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya 0.9945. MACD yang memaparkan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.0005.

 

Tahap rintangan: 1.0005, 1.0095

Tahap sokongan: 0.9945, 0.9885

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan 50 MA (Biru). Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka masa pendek ke arah 58.55.

 

Tahap rintangan: 58.55, 60.35

Tahap sokongan: 56.80, 55.90

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan 1485.65.

 

Tahap rintangan: 1525.20, 1551.85

Tahap sokongan: 1485.65, 1444.70