25 Mac 2022 Analisis Sesi Petang
Euro melonjak berikutan perjanjian EU dan AS.
Euro mula melantun sejak hari Khamis susulan dengan Kesatuan Eropah bersetuju untuk menerima komoditi AS. Menurut kepada Reuters, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat bersedia untuk mendedahkan perjanjian pada hari Jumaat untuk membekalkan Eropah dengan lebih banyak gas asli cecair (LNG) AS, ketika Eropah berusaha untuk mengekang pergantungannya kepada bahan api fosil Rusia secepat mungkin. Presiden Joe Biden telah menghadiri sidang kemuncak pemimpin EU di Brussels pada Khamis, dan beliau berjanji Amerika Syarikat akan menghantar sekurang-kurangnya sebanyak 15 bilion meter padu (bcm) lebih LNG ke Eropah tahun ini daripada yang dirancang sebelum ini. Pelaksanaan sanksi ke atas Rusia dari AS telah menyebabkan lonjakan harga komoditi dan kenaikan kos import di rantau Eropah susulan dengan Rusia adalah pembekal komoditi utama untuk Eropah. Penerimaan komoditi AS berkemungkinan akan mengatasi gangguan komoditi di Eropah, meningkatkan keyakinan pasaran terhadap kemajuan ekonomi di Eropah, dan ia mendorong pelabur untuk membeli Euro. Selain itu, Jerman Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) mencatat dengan bacaan sebanyak 57.6, melebihi ramalan pasaran sebanyak 55.8, menurut kepada Markit Economics. Data ekonomi yang optimis membawa prospek positif ke arah momentum ekonomi di Eropah, memacu lagi momentum bullish ke atas pasangan tersebut. Semasa penulisan, EURUSD telah meningkat sebanyak 0.31% ke 1.1030.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.04% ke $112.38 setong semasa penulisan. Namun begitu, harga minyak berada di bawah tekanan berikutan bekalan komoditi AS kepada EU. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.01% ke $1962.25 se-auns troy semasa penulisan susulan dengan ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia-Ukraine.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (Feb) | 1.90% | 0.80% | – |
17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Mar) | 98.9 | 94 | – |
22:00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Feb) | -5.70% | 1.50% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 99.35, 100.40
Tahap sokongan: 97.80, 96.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3285, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3195, 1.3125
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0985. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245
Tahap sokongan: 1.0985, 1.0895
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 122.95, 125.55
Tahap sokongan: 119.90, 116.15
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7525, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7410, 0.7250
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6975. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045
Tahap sokongan: 0.6905, 0.6800
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9310, 0.9425
Tahap sokongan: 0.9115, 0.9035
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 114.45, 120.10
Tahap sokongan: 110.45, 106.45
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1973.00, 2005.00
Tahap sokongan: 1946.35, 1912.60