83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Dolar A.S. kehilangan sokongan, fokus pada Beige Book dari Fed.

Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia susut sebanyak 0.05% ke 93.14 berbanding dengan mata wang utama yang lain. Indeks tersebut menerima tekanan selepas pembebasan data perumahan yang lebih lemah daripada jangkaan. Menurut kepada Commerce Department, pembangunan perumahan A.S. telah mengecut sebanyak 4.7% berbanding ramalan sebanyak 0.5% dan ia telah mendorong kepada jumlah hanya 1.127 juta unit untuk bulan September. Selain itu, permit pembangunan telah memaparkan penyusutan sebanyak 4.5% ke 1.215 juta unit dan ia telah tersasar daripada jangkaan dengan 1.245 juta unit. Namun, kerugian yang dipaparkan oleh dolar adalah bersifat terhad sementara spekulasi untuk pengerusi Fed mengambil sentimen yang lebih agresif terhadap dasar kewangan kelak telah membantu untuk menyokong hasil bon perbendaharaan. Untuk setakat ini, para pelabur akan menunggu laporan Beige Book dari Fed yang bakal melaporkan perkembangan mengenai ekonomi dan tekanan inflasi di seluruh dua belas wilayah Federal Reserve di Amerika Syarikat. Bagi rantau yang lain, pasangan AUD/USD menokok sebanyak 0.03% ke 0.7848 sebelum pembebasan data GDP dan data penting yang lain daripada China. Di China, bacaan GDP diramalkan untuk mempunyai peningkatan sebanyak 1.7% bagi suku-ke-suku sementara 6.8% bagi tahun-ke-tahun. Data lain seperti pengeluaran sektor perindustrian dijangka untuk meningkat sebanyak 6.2% manakala jualan runcit untuk bertumbuh sebanyak 10.2%.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah didagang dengan lebih kukuh selepas ia meningkat sebanyak 0.13% ke $52.11 setong selepas ia disokong oleh pelan pembekuan dari OPEC, risiko geopolitik di Timur Tengah dan pengurangan pengeluaran di Amerika Syarikat selepas insiden taufan yang telah memaksa penutupan hab penapisan minyak. Sementara itu, harga emas didagang dengan tipis berhampiran $1,281.58 se troy auns selepas ia menokok sedikit sebanyak 0.13% selepas para pelabur menukarkan fokus mereka kepada pembebasan Beige Book dari Fed yang bakal memberi gambaran yang lebih luas mengenai prestasi ekonomi di A.S.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

21:30                     USD                                        FOMC Member George Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – Employment Change (Sep) 54.2K 15.0K 19.8K
10:00 CNY – GDP (YoY) (Q3) 6.9% 6.8%
10:00 CNY – Industrial Production (YoY) (Sep) 6.0% 6.2%
16:30 GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) 1.0% -0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 243K 240K
20:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct) 23.8 22.0

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3190 dan garisan 200-MA. Pembentukan corak silang emas dari MACD mencadangkan pasangan ini untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3255

Tahap sokongan: 1.3190, 1.3150

 


 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menembusi garisan 200-MA. Pelebaran jarak diantara garisan isyarat dari MACD mencadangkan bias bullish untuk pasangan ini melanjutkan kenaikannya dan menuju ke tahap rintangan 1.1815.

 

Tahap rintangan: 1.1815, 1.1870

Tahap sokongan: 1.1785, 1.1735

 


 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 113.00. Pembentukan corak silang kematian dari garisan isyarat MACD mencadangkan bias menurun bagi jangka pendek untuk mengalami pembetulan teknikal dan ia dijangka untuk susut ke arah tahap sokongan di 112.75.

 

Tahap rintangan: 113.15, 113.00

Tahap sokongan: 112.75, 112.50

 

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang secara berayun di dalam lingkungan 52.50 dan 51.65. Ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga ia pemecahan berlaku bagi mendapatkan isyarat yang lebih teliti mengenai arah alirannya.

 

Tahap rintangan: 52.50, 53.70

Tahap sokongan: 51.65, 51.25

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1278.35. Pembentukan lilin pin bar dan positive divergence dari MACD mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih tinggi ke tahap rintangan 1283.40.

 

Tahap rintangan: 1283.40, 1290.20

Tahap sokongan: 1278.35, 1268.55