01 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Safe-haven Dollar melonjak berikutan peningkatan ketegangan di Rusia-Ukraine.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan pemulihannya susulan dengan ketegangan yang meningkat semula antara isu Rusia-Ukraine terhadap ekonomi global, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Menurut kepada Reuters, Presiden Rusia Vladimir Putin semalam memaksa pembeli asing membayar dalam Rubel untuk gas Rusia bermula pada hari Jumaat ketika beliau cuba menentang sekatan Barat sebelum ini. Memandangkan Kesatuan Eropah menerima lebih daripada 30% penggunaan minyaknya dari Moscow dan 40% untuk gas negara dari Rusia, langkah tindak balas dari Rusia mungkin akan mencetuskan ketegangan selanjutnya bagi negara-negara itu sambil membawa kesan “spillover” ke atas ekonomi global. Namun begitu, seorang pegawai kanan Ukraine mendakwa bahawa rundingan damai antara Moscow dan Kyiv akan disambung semula pada hari Jumaat. Sementara kini, para pelabur akan kekal fokus ke atas perbincangan tersebut untuk menerima isyarat dagangan selanjutnya. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.57% ke 98.35.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut dengan ketara berikutan Presiden AS Joe Biden mengumumkan pelepasan minyak mentah daripada Rizab Petroleum Strategik AS untuk meningkatkan bekalan minyak ke atas pasaran sambil menstabilkan risiko inflasi pada masa hadapan. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.07% ke $1936.10 setiap troy auns setakat penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Mar) | 58.4 | 57.6 | – |
16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Mar) | 55.5 | 55.5 | – |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (Mar) | 5.90% | 6.50% | – |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Mar) | 678K | 475K | – |
20:30 | USD – Unemployment Rate (Mar) | 3.80% | 3.70% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 99.35, 100.40
Tahap sokongan: 97.80, 96.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3195, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3010
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.1135, 1.1245
Tahap sokongan: 1.0980, 1.0895
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 123.55, 125.55
Tahap sokongan: 121.30, 118.95
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7525. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7525, 0.7595
Tahap sokongan: 0.7410, 0.7250
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6800
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9295, 0.9425
Tahap sokongan: 0.9115, 0.9035
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 101.50, 107.10
Tahap sokongan: 97.15, 92.50
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1944.55, 1973.00
Tahap sokongan: 1912.60, 1881.35