20 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melanjutkan kerugian akibat sentimen yang semakin buruk.
Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sementara para pelabur masih melaraskan diri dengan laporan dovish dari Bank Pusat AS (Fed). Laporan Fed yang menyatakan keadaan ekonomi semasa dan kelihatan inflasi hampir mencapai paras neutral adalah baik untuk negara, tetapi para pelabur membimbangkan bahawa pelan Fed untuk menaikkan kadar secara beransur-ansuran mungkin akan dibatalkan. Para pelabur kini mengalihkan pelaburan mereka kepada pasaran aset selamat semasa sentimen bertukar buruk terhadap dolar. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 96.40 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah didagang dengan rata di 0.7290 selepas minit mesyuarat Bank Pusat Australia (RBA) pada pagi ini yang bernada hawkish. Minit mesyuarat tersebut menyatakan bahawa kadar faedah negara akan dinaikkan bagi tempoh masa panjang, tetapi tidak memberikan petunjuk bagi tempoh masa pendek. Di samping itu, penerusan perjanjian perdagangan antara AS dan China juga mendorong kepada kekukuhan dolar Australia kerana Australia merupakan salah satu rakan dagangan yang terbesar dengan China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 0.44% ke $57.10 setong selepas melantun dari paras rendahnya akibat keputusan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak dari 1 milion tong sehari ke 1.4 milion tong sehari pada bulan Disember bagi mengimbangkan kelebihan bekalan dalam pasaran dan juga permintaan global yang makin mengurang. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.17% ke $1221.20 se troy auns selepas mencapai paras tinggi dua minggu akibat permintaan aset selamat yang tinggi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
18:00 GBP Inflation Report Hearings
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:30 | USD – Building Permits (Oct) | 1.270M | 1.267M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 96.00. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.20, 96.60
Tahap sokongan: 96.00, 95.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.2855. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2855, 1.2905
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2740

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1440. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1490.
Tahap rintangan: 1.1490, 1.1540
Tahap sokongan: 1.1440, 1.1390

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 112.40. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 112.75.
Tahap rintangan: 112.75, 113.05
Tahap sokongan: 112.40, 111.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7290. MACD yang memaparkan bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7315, 0.7340
Tahap sokongan: 0.7290, 0.7265

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6845. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6845, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6795, 0.6755

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3180. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3115

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.9920. MACD yang memaparkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9945, 0.9990
Tahap sokongan: 0.9920, 0.9865

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi selepas ia berundur dari tahap rintangan di 57.45. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah paras rendah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 57.45, 59.20
Tahap sokongan: 55.90, 54.20

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1221.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1225.50, 1231.00
Tahap sokongan: 1211.10, 1216.80