7 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Minit mesyuarat FOMC menandakan nada hawkish, Dolar AS meningkat.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan keuntungannya berlatarbelakangkan jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan berikutan minit mesyuarat Rizab Persekutuan sebelum ini mengukuhkan kebarangkalian kenaikan kadar faedah yang ketara untuk memerangi risiko inflasi pada masa yang akan datang. Menurut kepada minit mesyuarat FOMC, pegawai Fed melihat sebanyak 50 mata asas untuk kenaikan kadar faedah adalah sesuai semasa mesyuarat dasar monetari akan datang sekiranya tekanan inflasi terus meningkat dalam pasaran. Selain itu, Moneteri Polisi Komite (MPC) juga bersetuju untuk mengurangkan hutang dalam kunci kira-kira sebanyak $95 juta sebulan dengan $60 bilion pegangan Perbendaharaannya dan $35 bilion sekuriti bersandarkan gadai janji dalam tempoh tiga bulan akan datang. Pengetatan dasar monetari daripada Fed mungkin akan mengurangkan peredaran wang dalam pasaran kewangan, mencetuskan momentum bullish ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.15% ke 99.65.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.15% ke $97.25 setong semasa penulisan berikutan inventori bearish dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah AS telah memberi bacaan sebanyak 2.421M, melebihi ramalan pasaran sebanyak -2.056M. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.11% ke $1923.20 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 202K | 200K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 100.50, 102.10
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3090, 1.3195
Tahap sokongan: 1.3000, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0970, 1.1135
Tahap sokongan: 1.0895, 1.0820
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 123.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 124.00, 125.55
Tahap sokongan: 121.30, 118.95
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7270
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6975, 0.7045
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6800
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 97.75, 101.50
Tahap sokongan: 92.50, 88.70
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1944.55, 1973.00
Tahap sokongan: 1912.60, 1881.35