7 April 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar Australia menyusut susulan dengan jangkaan pelaksanaan sekatan ke atas China.
AUDUSD melanjutkan kerugiannya pada hari Khamis di tengah-tengah latar belakang jangkaan pelaksanaan sekatan ke atas China. Menurut kepada Reuters, Timbalan Setiausaha Negara AS Wendy Sherman telah mendakwa bahawa China berkemungkinan untuk menghadapi sekatan jika China memberikan sokongannya kepada Rusia. Beliau juga mengulangi bahawa sekatan yang dikenakan ke atas Rusia berhubung perangnya di Ukraine seharusnya memberi China “pemahaman yang baik” tentang akibat yang mungkin dihadapinya jika ia memberikan sokongan material kepada Moscow. Jika sekatan dikenakan ke atas China, ia akan membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di rantau China. Momentum ekonomi Australia akan diseret secara tidak langsung kerana China merupakan rakan dagang terbesar bagi Australia. Keadaan tersebut menurunkan keyakinan pasaran terhadap Dolar Australia. Selain itu, menurut kepada Reuters, dalam ujian utama strategi toleransi sifar China untuk menghapuskan coronavirus, kerajaan China telah meluaskan penutupan ke bahagian timur bandar dan melanjutkan sehingga notis selanjutnya sekatan di daerah barat, memacu lagi momentum bearish pada Dolar Australia. Pelabur harus memantau maklumat terkini yang berhubung dengan keputusan sekatan ke atas Rusia untuk menjangkakan kemungkinan pergerakan pasangan AUDUSD. Semasa penulisan, AUDUSD menyusut sebanyak 0.33% ke 0.7488.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 1.66% ke $97.83 setong semasa penulisan. Namun begitu, aliran keseluruhan harga minyak kekal menurun susulan pelepasan minyak daripada IEA. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.09% ke 1924.90 se-troy auns semasa penulisan. Namun, harga emas masih dalam tekanan susulan dengan kelonjakan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 202K | 200K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 100.40, 101.20
Tahap sokongan: 99.10, 97.95
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3090, 1.3195
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2930
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0955, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0795
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 124.05, 125.20
Tahap sokongan: 122.35, 121.30
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.7485, 0.7545
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7365
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6980, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6890, 0.6800
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2560, 1.2605
Tahap sokongan: 1.2475, 1.2415
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9355, 0.9395
Tahap sokongan: 0.9295, 0.9260
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 98.55, 103.75
Tahap sokongan: 93.65, 89.35
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1937.50, 1948.15
Tahap sokongan: 1917.55, 1904.80