14 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS berlegar berhampiran tinggi baru-baru ini, memerhati keputusan kewangan FOMC.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah berundur daripada paras tertinggi baru-baru ini, yang kebanyakannya disebabkan oleh pembetulan teknikal dan pengambilan untung daripada para pelabur. Walaupun begitu, aliran keseluruhan untuk Dolar AS masih kekal bullish susulan dengan peningkatan risiko inflasi yang ketara telah mencetuskan harapan terhadap pengetatan dasar monetari pada masa hadapan. Menurut kepada AS Bureau of Labor Statistiks, Producer Price Indeks (PPI) AS telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 0.9% ke bacaan sebanyak 1.4%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 1.1%. Pada asas tahunan, data tersebut telah meningkat sebanyak 11.2% berbanding setahun lalu. PPI dianggap sebagai penunjuk inflasi yang berpandangan ke hadapan susulan dengan ia menjejaki harga bahan mentah untuk pembekal. Peserta pasaran telah membuat spekulasi bahawa bank pusat akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat dasar monetari akan datang. Buat masa ini, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.44% ke 99.85.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.01% ke $104.55 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah melonjak dengan latar belakang peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine terus mencetuskan momentum bullish ke atas harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.01% ke $1978.25 setiap troy auns setakat ini di tengah-tengah bacaan data inflasi yang menaik di seluruh rantau AS dan EU telah meningkatkan daya tarikan untuk komoditi lindung nilai inflasi seperti emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
19:45 | EUR – Deposit Facility Rate (Apr) | -0.50% | -0.50% | – |
19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Apr) | 0.00% | 0.00% | – |
20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.20% | 0.90% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 166K | 173K | – |
20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.30% | 0.60% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 100.50, 102.10
Tahap sokongan: 99.35, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3195, 1.3285
Tahap sokongan: 1.3090, 1.3000
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0805, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 125.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 125.70, 128.30
Tahap sokongan: 124.00, 121.45
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7415, 0.7270
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6800, 0.6880
Tahap sokongan: 0.6730, 0.6625
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9425, 0.9580
Tahap sokongan: 0.9230, 0.9110
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 107.10, 111.60
Tahap sokongan: 101.50, 97.75
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 2005.00, 2020.30
Tahap sokongan: 1973.00, 1944.55