83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

24 Oktober 2019                                Analisis Sesi Pagi

 

Sterling berayun sementara risiko Brexit berlegar.

Pasaran forex adalah lebih senyap semasa awal sesi Asia pada hari ini sementara ketidaktentuan Brexit berlegar. Pada semalam, ahli Parlimen UK telah mengundi secara prinsip ke atas perjanjian Brexit namun membantah jadual masa PM UK Boris Johnson untuk meluluskan perjanjian tersebut di dalam tempoh tiga hari. Bantahan tersebut telah memaksa Johnson mengancam Parlimen dengan kemungkinan untuk mengadakan pilihanraya sebelum Hari Natal sekiranya EU27 meluluskan penangguhan tarikh akhir Brexit. Pada minggu lepas, UK telah menghantar rayuan untuk menangguhkan tarikh Brexit pada 31hb Oktober. Namun, EU27 masih belum memberikan keputusan rasmi sehingga ke hari ini. Menurut kepada 3 diplomat EU, Reuters menyatakan bahawa EU berkemungkinan untuk memberikan keputusan rasmi pada hari Jumaat dan penangguhan dijangka untuk diberikan selama 3 bulan sehingga ke akhir Januari 2020. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD didagang secara rata berhampiran 1.2915. Di rantau AS, dolar AS masih menerima tekanan bearish susulan dengan pembebasan keputusan pendapatan syarikat yang lebih suram daripada jangkaan. Ini telah meningkatkan jangkaan kemelesetan ekonomi dan berkemungkinan untuk mendorong Bank Pusat AS (Fed) memotong kadar faedah dengan lebih lanjut. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat akhir bulan ini telah meningkat dari 93.0% ke 94.1. Semasa sesi Asia, indeks dolar susut sebanyak 0.06% ke 97.17.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.31% ke $55.58 setong. Niaga hadapan minyak masih menerima tekanan bearish selepas laporan pendapatan syarikat dari AS mencetuskan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan. Kemelesetan bakal mendorong kepada aktiviti ekonomi yang lebih rendah dan ia juga akan membawa kepada permintaan yang lebih rendah bagi komoditi ini. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,492.53 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     EUR                      ECB Press Conference

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (Oct) 41.7 42.0
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Oct) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Sep) 0.5% -0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 214K 216K
22:00 USD – New Home Sales (Sep) 713K 710K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.35, 97.60

Tahap sokongan: 97.15, 96.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2950, 1.3035

Tahap sokongan: 1.2820, 1.2665

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1145, 1.1180

Tahap sokongan: 1.1085, 1.1005

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 108.75. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.30

Tahap sokongan: 108.45, 108.20

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang secara rata berdekatan dengan tahap sokongan di 0.6850. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia ditutup di bawah 0.6850.

 

Tahap rintangan: 0.6885, 0.6910

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6815

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6435. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6425, 0.6440

Tahap sokongan: 0.6410, 0.6365

 

USDCAD, Weekly: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3050.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3430

Tahap sokongan: 1.3050, 1.2860

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 56.70, 57.30

Tahap sokongan: 55.55, 54.45

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1496.00, 1511.00

Tahap sokongan: 1484.05, 1477.00