18 April 2022 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: April 18 – 22
Reviu Pasaran (Forex): April 11 – 15
US Dollar
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bullish yang ketara pada minggu lalu di tengah-tengah latar belakang nada hawkish daripada Rizab Persekutuan. Selain itu, keuntungan Dolar AS dilanjutkan susulan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 100.30.
Pada minggu lalu, indeks Dolar AS melanjutkan keuntungannya susulan dengan hasil Perbendaharaan AS yang meningkat dan jangkaan untuk pengetatan dasar monetari yang lebih agresif daripada Rizab Persekutuan. Menurut kepada Reuters, Presiden Fed St. Louis James Bullard telah menyampaikan ucapan bahawa bank pusat perlu meningkatkan kadar faedah lagi sebanyak 3% menjelang akhir tahun. Penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun telah meningkat dengan ketara ke 2.77%. Baru-baru ini, hasil Perbendaharaan telah melanjutkan aliran bullish dengan kebimbangan bahawa kadar inflasi yang meningkat akan mendorong Rizab Persekutuan untuk melaksanakan dasar monetari penguncupan yang lebih agresif. Para pelabur telah berlumba-lumba untuk menentukan harga dalam risiko kenaikan kadar yang lebih besar daripada Rizab Persekutuan dengan membayangkan kenaikan 50 mata asas semasa kedua-dua mesyuarat monetari Mei dan Jun. Selain itu, menurut kepada Bureau of Labor Statistics AS, Consumer Price Index (CPI) AS telah meningkat pada kadar tertinggi sejak 1981, meningkat sebanyak 8.5% sepanjang tahun hingga akhir Mac susukan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine terus meningkatkan kos tenaga. Gabenor Rizab Persekutuan Lael Brainard juga mengulangi bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan akan melakukan beberapa siri kenaikan kadar dan mengurangkan program pembelian bon besar-besarannya pada bulan Jun untuk memerangi kadar inflasi yang tinggi, mendorong para pelabur mengalihkan modal mereka ke arah aset selamat seperti Dollar AS yang mempunyai prospek yang lebih baik.
Selain itu, ketegangan konflik Rusia-Ukraine yang semakin meningkat juga telah mendorong momentum bullish yang selanjutnya pada Dolar AS. Menurut kepada CNBC, kapal penjelajah peluru berpandu Rusia Moskva telah terbakar dan dipindahkan selepas mengalami serangan peluru berpandu Ukraine di Laut Hitam, menurut kepada pihak berkuasa Ukraine. Sementara itu, Presiden AS Joe Biden mengumumkan lagi $800 juta persenjataan untuk Ukraine pada 13 April selepas panggilan telefon selama sejam dengan presiden Volodymyr Zelenskyy. Sebaliknya, Presiden Vladimir Putin menyampaikan ucapan pada 12 April bahawa rundingan damai dengan Ukraine telah terhenti dan menegaskan bahawa tentera Rusia akan menang di perang tersebut. Ketegangan konflik Rusia-Ukraine yang semakin meningkat berkemungkinan akan mengganggu rantaian bekalan global yang termasuk pasaran komoditi. Keadaan tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi global dan mendorong peserta para pelabul untuk membeli aset selamat seperti Dolar AS.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY melanjutkan keuntungannya pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 126.36. Pasangan tersebut menerima momentum bullish di tengah-tengah latar belakang Bank of Japan (BoJ) kekal dengan nada dovishnya. BoJ memutuskan untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar, dan ia telah membuat dua tawaran untuk membeli bon kerajaan tanpa had dengan tempoh matang lebih daripada lima tahun dan sehingga 10 tahun. Selain itu, keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan telah membawa prospek positif ke atas Dolar AS, mendorong pelabur menjual Yen dan membeli Dolar AS yang mempunyai prospek yang lebih baik, merangsang momentum bullish selanjutnya pada pasangan tersebut.
EUR/USD
Pasangan mata wang EUR/USD merosot pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.0809. Euro menerima momentum bearish susulan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine. Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine akan mengakibatkan gangguan rantaian bekalan global yang termasuk pasaran komoditi, menyebabkan harga komoditi seperti minyak mentah untuk meningkat. Kelonjakan harga minyak mentah akan membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di rantau Eropah dengan meningkatkan kos import syarikat dan mengurangkan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi di Eropah. Peningkatan kos komoditi telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah mata wang lain seperti Dolar AS. Selain itu, Euro menerima momentum bearish yang lanjut di latar belakang nada dovish daripada Bank Pusat Eropah. Menurut kepada Reuters, Presiden Bank Pusat Eropah Christine Lagarde mendakwa bahawa Bank Pusat Eropah masih tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah dalam situasi tersebut, berbeza dengan dasar monetari penguncupan yang agresif daripada Rizab Persekutuan AS.
GBP/USD
Pasangan mata wang GBP/USD meningkat pada minggu lepas dan menamatkan sesi minggu lepas pada harga 1.3062. Pound menerima momentum bullish pada minggu lepas susulan dengan jangkaan kenaikan kadar daripada Bank of England. Menurut kepada Office of National Statistics, UK Consumer Price Index (CPI) telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 6.2% ke 7.0%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 6.7%. Consumer Price Index digunakan sebagai penunjuk kadar inflasi. Kadar inflasi yang lebih tinggi mencetuskan harapan kepada kenaikan kadar daripada Bank of England untuk memerangi risiko inflasi. Jangkaan untuk menaiki kadar faedah daripada Bank of England telah meningkatkan daya tarikan pasaran terhadap Pound. Namun begitu, keuntungan yang dilanjutkan oleh Pound telah dihadkan di tengah-tengah kenyataan hawkish daripada Rizab Persekutuan. Pelaksanaan dasar monetari mengetatkan secara agresif oleh Rizab Persekutuan akan mengurangkan peredaran Dolar AS dalam pasaran, mendorong para pelabur mengalihkan modal mereka ke arah Dolar AS dan menjual mata wang lain seperti Pound.
Reviu Pasaran (Komoditi): April 11 – 15
GOLD
Harga emas telah meningkat pada minggu lalu dan menutup harga pasarannya pada $1972.50 se-troy auns. Harga emas menerima momentum bullish pada minggu lepas susulan dengan peningkatan ketegangan antara Rusia-Ukraine. Pemandangan Rusia mengekalkan pencerobohannya ke atas Ukraine, konflik tersebut berkemungkinan akan menyebabkan gangguan rantaian bekalan global dan membawa kepada kelonjakan risiko inflasi, mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah aset lindung nilai inflasi seperti emas untuk mengelakkan susut nilai modal mereka. Selain itu, Presiden AS Joe Biden mendakwa bahawa beliau akan memberikan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, membayangkan bahawa perang tidak akan berakhir dalam jangka pendek, memacu lagi momentum bullish ke atas harga emas.
Crude Oil
Harga minyak mentah meningkat dan mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $106.51 setong. Harga minyak mentah menerima momentum bullish di tengah-tengah jangkaan sekatan ke atas minyak Rusia. Menurut kepada Reuters, para pelabur menjangka sekatan yang lebih banyak ke atas sektor tenaga Rusia. Kesatuan Eropah sedang merangka cadangan untuk melarang minyak Rusia susulan dengan pencerobohannya ke atas Ukraine. Namun begitu, OPEC memberi amaran bahawa meningkatkan pengeluaran yang mencukupi untuk mengimbangi kehilangan bekalan adalah mustahil. Sebaliknya, ketegangan yang semakin meningkat antara Rusia-Ukraine berkemungkinan akan menyebabkan gangguan yang lebih teruk dalam rantaian bekalan global, termasuk komoditi seperti minyak mentah, merangsang lagi momentum bullish ke atas harga minyak.
Tinjauan Pasaran: April 18 – 22
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 18 – 22
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 18hb April 2022 | |||||
All Day | GBP | United Kingdom – Easter | – | – | – |
All Day | EUR | Germany – Easter | – | – | – |
All Day | CHF | Switzerland – Easter | – | – | – |
All Day | EUR | Italy – Easter | – | – | – |
All Day | EUR | France – Easter | – | – | – |
All Day | EUR | Spain – Easter | – | – | – |
All Day | AUD | Australia – Easter | – | – | – |
All Day | HKD | Hong Kong – Easter | – | – | – |
All Day | NZD | New Zealand – Easter | – | – | – |
10:00 | CNY | GDP (YoY) (Q1) | – | 4.40% | 4.00% |
10:00 | CNY | Industrial Production (YoY) (Mar) | – | 4.50% | 7.50% |
Selasa – 19hb April 2022 | |||||
9:30 | AUD | RBA Meeting Minutes | – | – | – |
20:30 | USD | Building Permits (Mar) | – | 1.830M | 1.865M |
Rabu – 20hb April 2022 | |||||
9:15 | CNY | PBoC Loan Prime Rate | – | – | 3.70% |
20:30 | CAD | Core CPI (MoM) (Mar) | – | – | 0.80% |
22:00 | USD | Existing Home Sales (Mar) | – | 5.80M | 6.02M |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | 0.863M | 9.382M |
9:15 | CNY | PBoC Loan Prime Rate | – | – | 3.70% |
Khamis – 21hb April 2022 | |||||
6:45 | NZD | CPI (QoQ) (Q1) | – | 2.00% | 1.40% |
9:30 | AUD | Retail Sales (MoM) (Mar) | – | 1.00% | 1.80% |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (Mar) | – | 7.50% | 7.50% |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 175K | 185K |
20:30 | USD | Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) | – | 20 | 27.4 |
Jumaat – 22hb April 2022 | |||||
0:30 | GBP | BoE Gov Bailey Speaks | – | – | – |
1:00 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
1:00 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) (Mar) | – | -0.30% | -0.30% |
15:30 | EUR | German Manufacturing PMI (Apr) | – | 54.4 | 56.9 |
16:30 | GBP | Manufacturing PMI | – | – | 55.2 |
16:30 | GBP | Services PMI | – | – | 62.6 |
20:30 | CAD | Core Retail Sales (MoM) (Feb) | – | 2.40% | 2.50% |
21:00 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
22:30 | GBP | BoE Gov Bailey Speaks | – | – | – |
Risk Statement:
Forex, Gold, Crude Oil, Commodities, CFD and all other margin trading investment products involve high level of risk and may not be suitable for all investors. Your previous investment success in stock, futures or any other investment achieved does not mean that all your future investment will obtain the same results. You should carefully consider your investment objectives, risk associated and seek professional advice before deciding to trade or if you have any doubts.