21 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS telah menurun susulan dengan data ekonomi bearish.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras tertinggi baru-baru ini berlatarbelakangkan data ekonomi yang buruk, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di Amerika Syarikat. Menurut National Association of Realtor, Existing Home Sales untuk AS telah menurun daripada bacaan sebelumnya 5.93M ke bacaan sebanyak 5.77M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran sebanyak 5.80M. Data tersebut telah menurun ke paras terendah dalam hampir dua tahun pada bulan Mac selepas harga rumah meningkat ke paras tertinggi, dan pakar ekonomi menjangkakan data tersebut akan terus menurun dengan kadar faedah yang lebih tinggi pada masa hadapan. Selain itu, Dolar AS melanjutkan kerugiannya berikutan pengunduran hasil Perbendaharaan 10 tahun daripada paras tertinggi 3 tahun, mengurangkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Hasil bon Perbendaharaan 10 tahun penanda aras telah menurun lebih daripada 7 mata asas ke 2.844%. Walaupun begitu, keseluruhan aliran jangka panjang untuk Dolar AS masih kekal bullish di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar faedah daripada Fed semasa mesyuarat FOMC pada bulan Mei. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.61% ke 100.34.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.03% ke $103.10 setong semasa waktu dagangan awal Asia berikutan data inventori bullish dibebaskan. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah AS telah memberi bacaan sebanyak -8.020M, lebih baik daripada ramalan pasaran sebanyak 2.471M. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.03% ke $1955.65 setiap troy auns setakat ini semasa penulisan berikutan dengan penyusutan ke atas Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (Mar) | 7.50% | 7.50% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 185K | 175K | – |
20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) | 27.4 | 20 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 101.20, 102.20
Tahap sokongan: 100.25, 99.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.3135, 1.3200
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2855
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0770, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 129.45, 132.70
Tahap sokongan: 127.65, 126.00
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.7530, 0.7660
Tahap sokongan: 0.7380, 0.7270
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6820, 0.6880
Tahap sokongan: 0.6730, 0.6675
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2315
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9580, 0.9710
Tahap sokongan: 0.9455, 0.9230
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.10, 111.60
Tahap sokongan: 101.50, 97.75
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1963.00, 1975.00
Tahap sokongan: 1945.05, 1917.95