25 April 2022 Analisis Sesi Pagi
Peningkatan hasil bon perbendaharaan, Dolar menerima momentum bullish.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melanjutkan keuntungannya berikutan hasil Perbendaharaan 5 tahun mencecah 3% berikutan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell melancarkan nada hawkishnya. Menurut kepada CNBC, Pengerusi Fed Jerome Powell mendakwa semasa mesyuarat Internasional Monetari Fund (IMF) bahawa penstabilan terhadap risiko inflasi adalah sangat penting untuk pertumbuhan ekonomi pada masa yang akan datang. Sementara itu, beliau juga mengulangi bahawa Fed berkemungkinan akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas semasa mesyuarat dasar monetari Fed Mei. Walaupun cadangan kenaikan kadar 50 mata asas adalah sejajar dengan jangkaan pasaran, komen Powell masih mendorong hasil Perbendaharaan AS melonjak dengan ketara. Pada masa ini, para pelabur kekal bimbang terhadap potensi ancaman ke atas pertumbuhan ekonomi yang akan dijejaskan oleh kenaikan inflasi dan pengetatan dasar monetari. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 101.15.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.03% ke $101.36 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi terus menjejaskan daya tarikan permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.02% ke $1932.05 se troy auns setakat ini di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Apr) | 90.8 | 89.1 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 101.20, 102.20
Tahap sokongan: 99.25, 97.80
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2995, 1.3200
Tahap sokongan: 1.2800, 1.2585
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.0905, 1.0975
Tahap sokongan: 1.0770, 1.0690
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 129.45, 132.30
Tahap sokongan: 127.65, 126.00
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.7280, 0.7360
Tahap sokongan: 0.7135, 0.6985
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6820
Tahap sokongan: 0.6615, 0.6535
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2750, 1.2890
Tahap sokongan: 1.2635, 1.2485
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9580, 0.9710
Tahap sokongan: 0.9455, 0.9230
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 102.85, 105.50
Tahap sokongan: 100.00, 97.85
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1945.05, 1963.00
Tahap sokongan: 1930.60, 1917.95