83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

31 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Kelemahan inflasi berkekalan, keraguan terhadap Fed timbul.

Greenback telah memangkas keuntungannya terhadap sebakul mata wang utama pada hari Selasa selepas data menunjukkan prestasi inflasi yang lebih pesimis menjelang mesyuarat minit Bank Pusat Amerika Syarikat (Fed) yang akan dijalankan sebanyak dua hari. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.10% sementara ia didagang di sekitar 94.35. Merujuk kepada data inflasi pilihan Fed – Indeks Harga PCE Teras hanya meningkat sebanyak 1.3% untuk tahun ini sehingga ke bulan September dan ia adalah jauh lebih rendah daripada sasaran Fed sebanyak 2%. Kemerosotan kadar inflasi yang berterusan baru-baru ini telah menimbulkan keraguan para pelabur terhadap keupayaan Fed untuk meningkat kadar faedah dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun, kerugian pada dolar masih kekal terhad selepas perbelanjaan pengguna yang menyumbang lebih daripada dua pertiga kepada ekonomi Amerika Syarikat telah meningkat sebanyak 1% berbanding dengan 0.8% pada bulan lepas. Di rantau lain, EUR/USD menerima tekanan menjual semasa sesi dagangan Asia selepas ia jatuh sebanyak 0.03% ke $1.1646. Mata wang tunggal tersebut kekal menjadi tumpuan pasaran bearish berikutan dengan krisis geopolitik mengenai referendum kemerdekaan Catalonia yang telah mendorong Madrid untuk mengambil kawalan langsung ke atas wilayah tersebut.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.18% ke $54.05 setong sementara para pelabur mengaut keuntungan berikutan dengan kenaikan harga komoditi tersebut sebelum ini. Komoditi tersebut masih kekal disokong berikutan sentimen para pelabur yang lebih optimistik terhadap OPEC untuk melanjutkan perjanjian pemotongan pengeluaran sehingga akhir tahun depan. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1276.56 susulan dengan kelemahan dolar baru-baru ini.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

All Day                   EUR                                        Jerman – Reformation Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                  Acara

Tentative                JPY                                          BoJ Monetary Policy Statement

Tentative                JPY                                          BoJ Outlook Report (YoY)

14:30                     JPY                                          BoJ Press Conference

03:30                     CAD                                        BoC Gov Poloz Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:00 NZD – ANZ Business Confidence (Oct) 0.0 -10.1
09:00 CNY – Manufacturing PMI (Oct) 52.4 52.0 51.6
Tentative JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
18:00 EUR – CPI (YoY) (Oct) 1.5% 1.4%
18:00 EUR – Unemployment Rate (Sep) 9.1% 9.0%
20:30 USD – Employment Cost Index (QoQ) (Q3) 0.5% 0.7%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Sep) 0.0% 0.1%
22:00 USD – CB Consumer Confidence (Oct) 119.8 121.0
4:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 0.591M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1.3220. Jika ia gagal untuk menutup di atas tahap ini, maka pergerakan harga tersebut akan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya seiring dengan aliran saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3260

Tahap sokongan: 1.3115, 1.3020

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran dengan garisan 20-MA (merah) di 1.1665. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak ke bawah mencadangkan pasangan tersebut untuk susut dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1605.

 

Tahap rintangan: 1.1655, 1.1720

Tahap sokongan: 1.1605, 1.1530

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah memecah keluar dari paras bawah saluran menaik menyempit baru-baru ini dan kini menguji di tahap sokongan 113.00. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke arah bawah mencadangkan bias menurun yang lebih lanjut. Oleh itu, penutupan niaga di bawah tahap sokongan 113.00 akan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 113.70, 114.30

Tahap sokongan: 113.00, 112.50

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan aliran menaik dan kini menguji berhampiran tahap rintangan 54.20. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak ke atas mencadangkan bias menaik dan pemecahan dari sasaran 54.20 akan memberikan pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 54.20, 54.75

Tahap sokongan: 53.50, 52.60

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun dan kini sedang menguji di paras atasnya. Pengunduran dari paras atas saluran akan mencadangkan harga emas untuk susut kembali dan didagang dengan lebih rendah, seiring dengan aliran saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 1276.80, 1281.00

Tahap sokongan: 1269.00, 1263.00