30 Oktober 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 30 – November 3
Kajian Pasaran (Forex): Oktober 23 – 27
Dolar A.S.
Dolar A.S. telah memangkas sedikit keuntungannya berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat selepas ia mencecah paras tinggi tiga bulan yang berlatarbelakangkan laporan ekonomi bagi suku ketiga yang lebih optimistik. Indeks tersebut yang mengukur kekukuhan dolar terhadap sebakul enam mata wang telah meningkat hanya 0.18% ke 94.72. Namun, indeks ini masih mencatat keuntungan mingguan yang tertinggi sebanyak 1.33%.
Merujuk kepada laporan yang dibebaskan oleh US Commerce Department, Gross Domestic Product (GDP) bagi suku ketiga telah meningkat sebanyak 3% untuk perbandingan tahun-ke-tahun sambil menewaskan ramalan ekonomis untuk meningkat hanya 2.6%. Data tersebut telah mengukuhkan lagi prospek bagi kenaikan kadar yang lebih pantas berikutan dengan tekanan inflasi yang lebih tinggi dan pasaran buruh yang lebih cekap.
Namun, dolar tidak mampu untuk meneruskan kenaikannya berikutan dengan laporan di mana Presiden A.S. Donald Trump lebih cenderung untuk melantik Gabenor Bank Pusat A.S. (Fed) Jerome Powell sebagai pengganti pengerusi Fed. Powell adalah dianggap kurang agresif apabila dibandingkan dengan calon ekonomis Universiti Stanford John Taylor mengenai pandangan dan sentimen ekonomi semasa.
Gross Domestic Product A.S.

Gross Domestic Product bagi suku ketiga telah meningkat dengan lebih pantas dan memberi bacaan sebanyak 3.0%.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.25% ke 113.62 selepas ia mencecah paras tinggi tiga bulan di 114.43.
EUR/USD
Euro ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan greenback selepas ia menurun sebanyak 1.48% ke $1.1608. Momentum bearish ini telah didorong selepas parlimen Catalonia mengumumkan kemerdekaan mereka dari Madrid dan ini telah meningkatkan suasana risiko politik di blok ekonomi tersebut.
GBP/USD
Pound sterling menurun sebanyak 0.21% ke $1.3133 selepas ia menerima tekanan dari prospek kenaikan kadar yang dovish dan ia hanya akan dilaksanakan untuk satu kali sahaja buat setakat ini.
Kajian Pasaran (Komoditi): Oktober 23 – 27
GOLD
Harga emas telah memangkas sedikit kerugiannya pada hari Jumaat berikutan dengan risiko politik yang lebih tinggi dari zon Eropah berikutan dengan ketegangan geopolitik dari Sepanyol yang makin meningkat. Harga komoditi kuning tersebut meningkat sebanyak 0.51% ke $1,276.06 walaupun masih mencatat kerugian mingguan sebanyak 0.68%. Parlimen Catalonia pada hari Jumaat lepas telah mengumumkan kemerdekaan wilayah tersebut dari Madrid dan ia telah menambahkan kebimbangan ke atas ketidakstabilan negara tersebut di dalam zon Eropah.
Pengumuman tersebut telah mendorong Perdana Menteri Sepanyol untuk membubarkan kerajaan Catalonia dan mengumumkan untuk mengadakan pilihanraya pada bulan depan. Aset ini biasanya digunakan sebagai aset selamat berlatarbelakangkan risiko dan ketidaktentuan yang tinggi sementara aset yang lebih berisiko akan mengalami penjualan.
Crude Oil
Harga minyak mentah melonjak pada hari Jumaat yang lalu sambil meningkatkan penanda aras A.S. WTI untuk menutup di paras tertinggi di dalam tempoh lapan bulan sementara penanda aras minyak global mencecah $60 setong untuk kali pertama di dalam dua tahun. Momentum tersebut telah dipacu oleh jangkaan yang lebih tinggi terhadap para pengeluar global yang bakal melanjutkan pelan pembekuan minyak harian melebihi tarikh luputnya pada tahun depan.
Harga komoditi ini meningkat lebih daripada $1.26 atau 2.4% sambil mengakhiri minggu lalu di $53.90 setong selepas ia mencecah paras tertinggi sejak 1hb Mac di $54.20. Untuk minggu tersebut, ia telah mencatat kenaikan minggu ketiga yang berturut-turut dengan $2.06 bagi minggu lalu.
Ketidaktentuan yang menyelubungi pasaran minyak sebelum mesyuarat polisi OPEC telah susut selepas Arab Saudi dan Rusia memberikan sokongan mereka terhadap lanjutan pelan pembekuan untuk sembilan bulan lagi, seperti yang diumumkan oleh jeneral setiausaha OPEC pada Jumaat lalu.
Di dalam terma terdahulu, OPEC dan 10 bukan ahli yang diketuai oleh Rusia telah bersetuju untuk memotong kadar pengeluaran harian sebanyak 1.8 juta tong bagi enam bulan sebelum ia dilanjutkan sehingga ke bulan Mac 2018 di dalam inisiatif untuk menstabilkan lagi harga minyak dunia.
Pandangan Mingguan: Oktober 30 – November 3
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi fokus kepada mesyuarat Fed pada hari Rabu untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut mengenai kenaikan kadar yang seterusnya serta pandangan mengenai pelan dasar kewangan masa depan. Sementara itu, laporan pekerjaan NFP yang bakal dilepaskan pada hari Jumaat juga akan dipantau oleh orang ramai.
Di rautan Eropah, para pelabur akan melihat kepada mesyuarat Bank Pusat England dan laporan pertumbuhan serta kadar inflasi bagi EU yang bakal dilepaskan pada hari Selasa nanti.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 30 – November 3
| Isnin, Oktober 30 |
Data JPY – Retail Sales (YoY) (Sep) EUR – German Retail Sales (MoM) (Sep) GBP – Net Lending to Individuals USD – Core PCE Price Index (MoM) (Sep) USD – Personal Income (MoM) (Sep) USD – Personal Spending (MoM) (Sep)
Acara N/A
|
| Selasa, Oktober 31 |
Data NZD – ANZ Business Confidence (Oct) CNY – Manufacturing PMI (Oct) JPY – BoJ Interest Rate Decision EUR – CPI (YoY) (Oct) EUR – GDP (QoQ) (Q3) EUR – Unemployment Rate (Sep) USD – Employment Cost Index (QoQ) (Q3) CAD – GDP (MoM) (Sep) USD – CB Consumer Confidence (Oct)
Acara JPY – BoJ Monetary Policy Statement JPY – BoJ Outlook Report (YoY) JPY – BoJ Press Conference CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
| Rabu, November 1 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock NZD – Employment Change (QoQ) (Q3) CNY – Caixin Manufacturing PMI (Oct) GBP – Manufacturing PMI (Oct) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Oct) USD – ISM Manufacturing Employment (Oct) USD – ISM Manufacturing PMI (Oct) CrudeOIL – Crude Oil Inventories USD – Fed Interest Rate Decision
Acara USD – FOMC Statement CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
| Khamis, November 2 |
Data AUD – Building Approvals (MoM) (Sep) AUD – Trade Balance (Sep) EUR – German Manufacturing PMI (Oct) EUR – German Unemployment Change (Oct) GBP – Construction PMI (Oct) GBP – BoE Interest Rate Decision (Oct) USD – Initial Jobless Claims USD – Unit Labor Costs (QoQ) (Q3)
Acara GBP – BoE Inflation Report GBP – BoE MPC Meeting Minutes GBP – BoE Gov Carney Speaks USD – FOMC Member Powell Speaks USD – FOMC Member Dudley Speaks USD – FOMC Member Bostic Speaks
|
|
Jumaat, November 3
|
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Sep) CNY – Caixin Services PMI (Oct) GBP – Services PMI (Oct) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Oct) USD – Nonfarm Payrolls (Oct) USD – Unemployment Rate (Oct) CAD – Employment Change (Oct) CAD – Unemployment Rate (Oct) USD – Factory Orders (MoM) (Sep) USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Oct) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Oct) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Kashkari Speaks |
Analisis Teknikal Mingguan: Oktober 30 – November 3
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya dan kini sedang menguji di salah satu tahap rintangan minor di 94.90. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak ke atas mencadangkan bias menaik di mana indeks dolar dicadangkan untuk meningkat selanjutnya selepas memecahkan sasarannya di 94.90.
Tahap rintangan: 94.90, 95.85
Tahap sokongan: 93.95, 92.50
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang di dalam lingkungan yang ketat sementara kini sedang menguji di tahap sokongan yang kukuh iaitu 1.3120. Kedua-dua garisan MA yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan bias menurun bagi pasangan ini. Oleh itu, pemecahan pada 1.3120 akan membuka ruang bagi bias bearish selepas itu.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3450
Tahap sokongan: 1.3120, 1.3020
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tingi selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh berhampiran 114.30. MACD histogram yang mula untuk memaparkan penyusutan pada isyarat menaiknya mencadangkan USDJPY untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah. Sasaran pertama akan dipantau berhampiran dengan garisan 20-MA (merah) atau 113.00.
Tahap rintangan: 114.30, 115.15
Tahap sokongan: 113.00, 111.65
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah keluar dari tahap leher formasi head and shouders di 1.1700. Kedua-dua garisan MA yang masih meneruskan pelebarannya ke bawah mencadangkan ia untuk meneruskan kerugiannya selepas menutup niaga di bawah tahap psikologi 1.1600.
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1860
Tahap sokongan: 1.1600, 1.1450
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan yang kukuh berhampiran 1263.00. Lantunan tersebut telah membentuk formasi double bottom dan pergerakan harga sebegini mencadangkan aset ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal dan menuju ke sasaran pertama di 1281.00.
Tahap rintangan: 1281.00, 1299.05
Tahap sokongan: 1263.00, 1237.35
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan paras atas saluran menaik menyempit dan ia mencadangkan pertukaran pada arah aliran untuk menaik selanjutnya. Lantunan dari tahap sokongan 53.90 akan mencadangkan komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan 55.20.
Tahap rintangan: 55.20, 56.70
Tahap sokongan: 53.90, 52.40