83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 April 2022                       Analisis Sesi Pagi

Dolar AS meningkat susulan dengan jangkaan hawkish.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama melonjak ke paras tertinggi sejak wabak Covid-19 berikutan dengan jangkaan hawkish daripada Rizab Persekutuan terus berlegar dalam pasaran kewangan. Para pelabur membuat spekulasi yang agresif ke atas pengetatan dasar monetari daripada Fed selepas Pengerusi Fed Jerome Powell mengesahkan bahawa bank pusat tersebut akan meningkatkan kadar faedah mereka sebanyak 50 mata asas pada bulan Mei. Selain itu, nada hawkish baru-baru ini daripada ahli Fed telah mencetuskan spekulasi sama ada bank pusat akan membayangkan 75 mata asas yang lebih besar untuk memerangi risiko inflasi pada masa yang akan datang. Di samping itu, Dolar AS melanjutkan keuntungannya berikutan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan global berikutan Gazprom Rusia menghentikan bekalan gas ke Poland dan Bulgaria pada hari Rabu kerana kegagalan mereka untuk membayar dalam rubel, mencetuskan risiko stagflasi yang lebih tinggi pada masa hadapan. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.67% ke 102.99.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.03% ke $102.45 setong semasa penulisan di atas latar belakang data inventori bullish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah AS memberi bacaan sebanyak 0.692M, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 2.000M. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.02% ke $1885.95 se auns troy setakat penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative                              JPY                                          BoJ Monetary Policy Statement

Tentative                              JPY                                          BoJ Outlook Report (YoY)

Tentative                             JPY                                          BoJ Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q1) 6.90% 1.10%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 184K 180K

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 103.05, 103.75

Tahap sokongan: 102.20, 101.20

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2800, 1.2995

Tahap sokongan: 1.2545, 1.2310

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0845, 1.1155

Tahap sokongan: 1.0550, 1.0300

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 129.45, 132.30

Tahap sokongan: 127.65 , 126.00

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7215, 0.7285

Tahap sokongan: 0.7115, 0.6985

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6605, 0.6705

Tahap sokongan: 0.6535, 0.6430

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.2890, 1.2960

Tahap sokongan: 1.2750, 1.2635

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9705, 0.9825

Tahap sokongan: 0.9575, 0.9455

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 102.95, 105.50

Tahap sokongan: 100.40, 97.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1920.00, 1945.05

Tahap sokongan: 1883.95, 1850.60