83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 September 2019                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar berundur susulan dengan halangan terbaru dalam perbincangan perdagangan.

Indeks dolar telah jatuh berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama susulan dengan perbincangan perdagangan antara A.S dan China menemui halangan baru. Menurut kepada laporan baru-baru ini, para pegawai dari Amerika Syarikat dan China mengalami kesulitan untuk menetapkan jadual bagi pertemuan antara kedua-dua pihak. Selain itu, AS juga menolak permintaan dari China untuk menangguhkan tarif yang dikenakan pada import Cina bernilai $ 110 bilion pada hujung minggu. Tindakan tersebut berkemungkinan telah menambah ketegangan antara kedua-dua negara tersebut. Dari segi data, dolar AS juga ditekan oleh data lemah daripada ISM susulan dengan data tersebut menunjukkan bahawa aktiviti pengeluaran telah menyusut buat kali pertama dalam 3 tahun, dengan bacaan sebanyak 49.1 berbanding dengan jangkaan pasaran sebanyak 51.0. Indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.08% ke 98.81 semasa penulisan. Sementara itu, AUD / USD telah melonjak sebanyak 0.35% ke 0.6778 pada masa penulisan selepas pembebasan data GDP. Menurut Australian Bureau of Statistics, ekonomi Australia telah berkembang sebanyak 0.5%, selaras dengan jangkaan pasaran. Data tersebut telah memberikan rangsangan untuk sentimen selepas RBA mengekalkan kadar faedahnya baru-baru ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.39% ke $ 54.17 setong semasa penulisan, namun masih kekal ditekan secara keseluruhan berikutan dengan ketakutan dalam kemelesetan ekonomi. Apabila aktiviti kilang A.S telah menyusut buat kali pertama, data tersebut telah memulihkan semula kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi yang berpotensi dan juga kesan negatif terhadap permintaan komoditi yang kekal menimbang dalam harga pada masa ini. Sebaliknya, harga emas menyerah beberapa keuntungannya dan jatuh sebanyak 0.19% ke $ 1544.72 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pasaran mengambil keuntungannya selepas kenaikannya daripada risiko pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     CAD                      BoC Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Composite PMI (Aug) 53.4 53.4
16:30 GBP – Services PMI (Aug) 50.7
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75 1.75
04:30

(05th)

CrudeOIL- API Weekly Crude Oil Stock -11.100M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 99.10. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 98.65.

 

Tahap rintangan: 99.10, 99.60

Tahap sokongan: 98.65, 98.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.2090. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap rintangan 1.2170.

 

Tahap rintangan: 1.2170, 1.2295

Tahap sokongan: 1.2090, 1.2015

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.0980. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0980, 1.1030

Tahap sokongan: 1.0930, 1.0860

 

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.75

Tahap sokongan: 105.15, 103.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6780. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6820

Tahap sokongan: 0.6740, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6345. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 0.6275.

 

Tahap rintangan: 0.6345, 0.6400

Tahap sokongan: 0.6275, 0.6210

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3280.

 

Tahap rintangan: 1.3335, 1.3415

Tahap sokongan: 1.3280, 1.3225

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9865. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.9905.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9950

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 53.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 55.45.

 

Tahap rintangan: 55.45, 56.80

Tahap sokongan: 53.05, 51.65

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1548.10 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1519.00.

 

Tahap rintangan: 1548.10, 1588.40

Tahap sokongan: 1519.00, 1488.85