5 Mei 2022 Analisis Sesi Petang
Pound berlegar menjelang Mesyuarat BoE.
Pound, salah satu mata wang utama berlegar berhampiran paras tertinggi seminggu kerana pra pelabur masih memberikan tumpuan terhadap mesyuarat BoE (Bank of England) yang akan datang. Setakat ini, ahli ekonomi menjangkakan bahawa ahli BoE akan mengundi untuk kenaikan 25 mata asas, yang dimana akan meningkatkan kadar tunai UK ke paras 1.00%. Sebelum itu, Gabenor BoE – Andrew Bailey memberikan isyarat bahawa mereka akan terus mengekalkan dasar monetari yang akomodatif untuk menyokong ekonomi UK melalui lonjakan inflasi pasca pandemik, yang diman telah diburukkan lagi oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Menurut kepada data terkini, inflasi tahunan UK mencecah 7% pada bulan Mac kerana isu rantaian bekalan yang berterusan. Sama seperti bank pusat utama lain, BoE menghadapi risiko dalam mengekang ekonomi yang terlalu panas. Pada ketika ini, para pelabur dan pakar ekonomi sedang menunggu mesyuarat BoE untuk mengukur arah seterusnya untuk Pound. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD turun sebanyak 0.20% ke 1.2600.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.44% ke $108.45 setong walaupun inventori minyak Amerika Syarikat telah meningkat secara tidak dijangka. Menurut kepada EIA, Inventori Minyak Mentah A.S. meningkat sebanyak 1.302M, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak -0.829M. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 1.07% ke $1901.35 se troy auns di tengah-tengah kenyataan dovish daripada Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 GBP BoE Inflation Report
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
21:15 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
16:30 | Composite PMI (Apr) | 57.6 | 57.6 | – |
16:30 | Services PMI (Apr) | 58.3 | 58.3 | – |
19:00 | BoE Interest Rate Decision (May) | 0.75% | 1.00% | – |
20:30 | Initial Jobless Claims | 180K | 182K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 103.60, 105.95
Tahap sokongan: 100.85, 97.80
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2625, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2430, 1.2245
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0635. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0635, 1.0775
Tahap sokongan: 1.0485, 1.0315
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 131.05, 132.65
Tahap sokongan: 128.95, 127.15
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7260, 0.7510
Tahap sokongan: 0.7020, 0.6720
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6550, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6400, 0.6260
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2890, 1.2960
Tahap sokongan: 1.2725, 1.2635
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9850, 0.9930
Tahap sokongan: 0.9715, 0.9575
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 108.35, 112.05
Tahap sokongan: 104.20, 100.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1920.00, 1945.05
Tahap sokongan: 1883.95, 1850.60