12 Mei 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat susulan data inflasi yang optimis.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama meningkat pada hari Khamis berikutan data inflasi yang optimis. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics AS, Core Consumer Price Index AS (CPI) MoM telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.3% ke 0.6%, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Core Consumer Price Index (CPI) digunakan sebagai penunjuk untuk menunjukkan perubahan dalam aliran pembelian dan inflasi sesebuah negara, yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan serta tidak termasuk harga makanan dan tenaga. Data inflasi yang lebih tinggi berkemungkinan akan meningkatkan kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan. Keadaan tersebut telah meningkatkan daya tarikan pasaran terhadap Dolar AS. Namun, keuntungan yang dialami oleh Indeks Dolar telah dihadkan susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa laporan CPI April menunjukkan inflasi yang telah mencapai kemuncak, menurut kepada CNBC. Oleh sebab risiko inflasi semakin menurun, Fed berkemungkinan tidak akan melaksanakan dasar monetari yang agresif untuk memerangi risiko inflasi, yang mendorong momentum bearish ke atas Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.08% ke 104.02.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.04% ke $105.67 setong semasa penulisan. Namun, aliran keseluruhan harga minyak mentah kekal menaik di tengah-tengah Rusia telah melaksanakan sanksi terhadap beberapa syarikat gas Eropah, yang menambah ketidak-stabilan dalam pasaran tenaga global. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.01% ke $1853.65 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kenaikan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 USD IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
14:00 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 1.3% | 1.0% | – |
14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Mar) | -0.4% | -0.5% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 200K | 194K | – |
20:30 | USD – PPI (MoM) (Apr) | 1.4% | 0.5% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 104.50, 105.15
Tahap sokongan: 103.75, 103.15
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2265, 1.2345
Tahap sokongan: 1.2165, 1.2080
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0575, 1.0655
Tahap sokongan: 1.0505, 1.0420
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 129.95, 130.75
Tahap sokongan: 129.05, 128.00
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6925, 0.6995
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6760
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350
Tahap sokongan: 0.6225, 0.6145
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3165
Tahap sokongan: 1.2995, 1.2910
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9970, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9880
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 107.50, 110.65
Tahap sokongan: 104.35, 100.15
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1883.35, 1917.85
Tahap sokongan: 1851.70, 1830.15