16 Mei 2022 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 16 – 20
Reviu Pasaran (Forex): Mei 9 – 13
US Dollar
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menerima momentum bullish yang ketara minggu lalu di tengah-tengah kebimbangan terhadap risiko inflasi daripada pasaran, yang mendorong para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke arah Dolar AS. Indeks Dolar telah menutup harga pasarannya pada 104.51.
Pada minggu lalu, indeks Dolar AS melanjutkan bullish momentum berikutan risiko inflasi terus berlegar di pasaran kewangan. Pencerobohan Russia ke atas Ukraine telah menyebabkan rantaian bekalan global terganggu, menyebabkan harga komoditi seperti minyak mentah melambung tinggi. Peningkatan Inflasi yang didorong oleh perang telah mencetuskan prospek negatif terhadap pertumbuhan ekonomi global. Selain itu, menurut Biro Statistik Buruh AS, Consumer Price indeks AS (CPI) MoM telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.3% ke bacaan sebanyak 0.6%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 0.4%. Consumer Price Indeks (CPI) yang digunakan sebagai penunjuk untuk membentangkan perubahan dalam aliran pembelian dan inflasi sesebuah negara, yang mengukur perubahan dalam harga barang dan perkhidmatan serta tidak termasuk makanan dan tenaga. Risiko inflasi yang melambung tinggi mungkin akan meningkatkan kemungkinan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan, meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS. Sebaliknya, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah mendakwa bahawa bank pusat AS akan bertindak agresif untuk mengekang inflasi. Beliau mengulangi bahawa kenaikan kadar 50 mata asas tambahan perlu disediakan untuk beberapa mesyuarat akan datang. Keputusan kenaikan kadar daripada Fed mungkin akan meningkatkan keuntungan bebas risiko pelabur, mendorong pelabur mengalihkan modal mereka ke arah Dolar AS.
USD/JPY
Pasangan mata wang USD/JPY telah menyusut nilai minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 129.21. Pasangan tersebut telah menerima momentum bearish di tengah-tengah penyusutan hasil Perbendaharaan 10 Tahun AS. Menurut kepada CNBC, hasil Perbendaharaan 10 Tahun AS turun kepada 2.81% pada 12 Mei. Penyusutan hasil bon perbendaharaan akan mengurangkan pulangan penghindaran risiko pelabur, mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Dolar AS. Walau bagaimanapun, aliran keseluruhan untuk USDJPY kekal bullish selepas Bank Pusat Jepun melepaskan nada dovishnya. BoJ telah menggunakan kadar faedah negatif sebanyak -0.1% kepada Baki Kadar Dasar dalam akaun semasa yang dipegang oleh institusi kewangan di Bank. Daripada memperkenalkan fleksibiliti kepada dasar monetarinya, bank pusat itu dalam satu kenyataan mengulangi komitmennya terhadap sasaran hasil 10 tahun, berkata ia akan menjalankan operasi kadar tetap tanpa had untuk membeli bon kerajaan Jepun 10 tahun pada 0.25% setiap hari.
EUR/USD
Pasangan mata wang EUR/USD telah menyusut minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada 1.0412. Euro telah menerima momentum menurun berikutan nada hawkish daripada Fed. Oleh kerana Fed berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas dalam mesyuarat akan datang, ia meningkatkan daya tarikan ke atas Dolar AS dan mendorong pelabur menjual Euro. Selain itu, kenaikan harga komoditi seperti minyak mentah telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Euro. Memandangkan Eropah merupakan salah satu daripada yang bergantung kepada komoditi, lonjakan harga komoditi akan menyebabkan kos import syarikat Eropah melambung tinggi, yang mungkin membawa kepada gangguan perkembangan ekonomi di rantau Eropah.
GBP/USD
Pasangan mata wang GBP/USD telah meningkat pada minggu lepas dan menutup harga pasarannya pada 1.3182. Pound Sterling menerima momentum bullish pada minggu lepas berikutan dengan harapan untuk kenaikan kadar dari Bank of England untuk mengurangkan risiko inflasi. Menurut kepada Reuters, Pound meningkat selanjutnya berbanding dengan Dolar AS pada hari Rabu selepas data ekonomi yang menunjukkan inflasi kekal panas boleh memperbaharui pertaruhan pada kenaikan kadar Bank of England. Namun begitu, Pound Sterling telah mengehadkan keuntungannya berikutan prospek ekonomi negatif selepas pengumuman dasar fiskal daripada Canselor UK Rishi Sunak gagal menarik perhatian pelabur. Canselor Rishi Sunak telah mengumumkan pelaksanaan pemotongan cukai duti bahan api pada 23 Mac 2022, peningkatan kepada ambang pendapatan bebas cukai, pengurangan sedikit pada kadar cukai untuk kumpulan bawah dan sokongan baharu untuk perniagaan. Para pelabur membuat spekulasi bahawa dasar baharu sebegitu tidak cukup untuk memperbaiki prospek ekonomi UK yang lemah susulan dengan risiko inflasi yang tinggi terus berlegar dalam pasaran.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 21 – 25
GOLD
Harga emas telah menyusut minggu lepas sambil menutup harga pasarannya pada $1810.30 se troy auns. Harga emas menerima momentum menurun minggu lepas berikutan pengukuhan Dolar AS. Keputusan kenaikan kadar daripada Rizab Persekutuan mungkin akan mengurangkan peredaran Dolar AS dalam pasaran, mencetuskan momentum bullish ke atas indeks tersebut. Selain itu, keputusan kenaikan kadar telah menyebabkan lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS 10 tahun, mendorong pelabur untuk menjual aset yang tidak menentu seperti emas dan membeli aset selamat seperti bon Perbendaharaan AS.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menyusut semasa mengakhiri sesi minggu lalu pada harga $108.30 setong. Harga minyak mentah menerima momentum menurun berikutan peningkatan kes Covid-19 di China. Apabila kes Covid-19 China meningkat, kerajaan China melaksanakan dasar “lockdown” untuk menghapuskan penyebaran coronavirus. Penutupan tersebut akan mengurangkan operasi perniagaan syarikat di China, yang mengurangkan permintaan minyak mentah. Namun begitu, kerugian dalam harga minyak adalah terhad berikutan Rusia melancarkan satu set sekatan ke atas syarikat tenaga yang beroperasi di benua itu yang boleh mengancam bekalan, mengehadkan kerugiannya untuk minyak mentah.
Tinjauan Pasaran: Mei 16 – 20
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data dari AS seperti Initial Jobless Claims dan data inflasi bagi menentukan arah aliran pada dolar AS. Selain itu, pasaran juga akan meninjau perkembangan mengenai hubungan di antara Russia-Ukraine bagi menilai keadaan ekonomi.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mei 16 – 20
Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
Isnin – 16hb May 2022 | |||||
10:00 | CNY | Industrial Production (YoY) (Apr) | – | 0.4% | 5.0% |
22:15 | GBP | BoE MPC Treasury Committee Hearings | – | – | – |
Selasa – 17hb May 2022 | |||||
09:30 | AUD | RBA Meeting Minutes | – | – | – |
14:00 | GBP | Average Earnings Index +Bonus (Mar) | – | 5.4% | 5.4% |
14:00 | GBP | Claimant Count Change (Apr) | – | -38.8K | -46.9K |
20:30 | USD | Core Retail Sales (MoM) (Apr) | – | 0.3% | 1.4% |
20:30 | USD | Retail Sales (MoM) (Apr) | – | 0.8% | 0.7% |
Rabu – 18hb May 2022 | |||||
01:00 | EUR | ECB President Lagarde Speaks | – | – | – |
02:00 | USD | Fed Chair Powell Speaks | – | – | – |
07:50 | JPY | GDP (QoQ) (Q1) | – | -0.4% | 1.1% |
14:00 | GBP | CPI (YoY) (Apr) | – | 9.1% | 7.0% |
17:00 | EUR | CPI (YoY) (Apr) | – | 7.5% | 7.5% |
20:30 | USD | Building Permits (Apr) | – | 1.810M | 1.870M |
20:30 | CAD | Core CPI (MoM) (Apr) | – | 0.5% | 1.4% |
22:30 | USD | Crude Oil Inventories | – | -0.457M | 8.487M |
Khamis – 19hb May 2022 | |||||
09:30 | AUD | Employment Change (Apr) | – | 25.0K | 17.9K |
10:00 | AUD | Annual Budget Release | – | – | – |
19:30 | EUR | ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting | – | – | – |
20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 200K | 203K |
20:30 | USD | Philadelphia Fed Manufacturing Index (May) | – | 16.7 | 17.6 |
22:00 | USD | Existing Home Sales (Apr) | – | 5.62M | 5.77M |
Jumaat – 20hb May 2022 | |||||
09:15 | CNY | PBoC Loan Prime Rate | – | – | 3.70% |
14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) (Apr) | – | -0.2% | -1.4% |