21 Mac 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam berikutan dengan kebalikan kadar Fed.
Indeks dolar telah menjunam berbanding dengan enam pasangan mata wang utama selepas Bank Pusat AS (Fed) mengekalkan kadar pada paras yang sama serta memansuhkan prospek peningkatan kadar. Dalam kenyataan terkini, Fed telah mencetuskan sentimen negatif dalam pasaran dengan membatalkan pelan mereka untuk menaikkan kadar pada tahun ini serta menyebabkan penurunan harga bon perbendaharaan ke paras terendah sejak awal tahun 2018. Selain itu, Fed juga menyempitkan jumlah sekuriti matang daripada $4.5 trilion ke $4 trilion. Peralihan yang dovish tersebut telah dijangka oleh para pelabur serta mendorong kepada kejatuhan terbesar bagi harga dolar sejak kemalangan ‘flash’ pada awal tahun 2018 sementara paras pelabur meninggalkan pasaran dolar. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.10% ke 95.28 semasa penulisan. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah melonjak sebanyak 0.65% ke 0.7161 semasa penulisan berikutan dengan penambahbaikan kadar pengangguran. Menurut kepada data rasmi, kadar pengangguran Australia telah menurun ke paras terendah tujuh tahun sebanyak 4.9%, mencecahkan jangkaan pasaran sebanyak 5.0%. Tambahan pula, pekerjaan separuh masa juga meningkat dengan ketara ke paras 11.9K berbanding dengan terdahulunya sebanyak -24.3K sambil menunjukkan perkembangan yang kukuh dalam pasaran pekerjaan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.10% ke $60.10 setong serta mencecah paras tertinggi dalam 4 bulan susulan dengan berita yang positif yang telah mendorong kepada peningkatan permintaan bagi minyak. Menurut kepada data terkini, US Energy Information Administration telah mencatatkan penurunan secara mendadak dalam tahap inventori ke paras -9.6 juta tong pada minggu lepas berbanding dengan ramalan ekonomis sebanyak 309,000 tong. Penurunan tersebut adalah yang terbesar sejak Julai 2018 dan tahap yang terendah sejak bulan Januari. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.25% ke $1315.85 se troy auns semasa penulisan berikutan dengan keputusan yang tidak dijangka dari Fed yang menyebabkan para pelabur untuk meninggalkan pasaran dolar dan memasuki ke dalam pasaran aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16.30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16.30 CHF SNB Press Conference
17.00 EUR ECB Economic Bulletin
Tentative EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 17.30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Feb) | 1.0% | -0.4% | – |
| 20.00 | GBP – BoE Interest Rate Decision | 0.75% | 0.75% | – |
| 20.30 | USD – Initial Jobless Claims | 229K | 226K | – |
| 20.30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) | -4.1 | 4.6 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 95.25. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 95.80, 96.40
Tahap sokongan: 95.25, 94.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3280. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3270.
Tahap rintangan: 1.3270, 1.3335
Tahap sokongan: 1.3180, 1.3085

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.1440. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1440, 1.1480
Tahap sokongan: 1.1400, 1.1340

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 110.95. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 110.40.
Tahap rintangan: 110.95, 111.45
Tahap sokongan: 110.40, 109.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.7170. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7170, 0.7210
Tahap sokongan: 0.7125, 0.7080

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6900. MACD yang menunjukkan isyarat bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6940.
Tahap rintangan: 0.6940, 0.6985
Tahap sokongan: 0.6900, 0.6865

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3280. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3360
Tahap sokongan: 1.3280, 1.3245

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9905. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9950, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 59.55. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 60.55.
Tahap rintangan: 60.55, 61.90
Tahap sokongan: 59.55, 58.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1315.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1315.00, 1323.00
Tahap sokongan: 1305.50, 1294.50