83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

21 Disember 2018                             Analisis Sesi Pagi

 

 

AS bakal menghadapi kemelesetan?

Dolar AS telah susut ke paras rendah sebulan berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Khamis berikutan dengan kekhuatiran ke atas AS yang berkemungkinan untuk menghadapi kemelesetan walaupun Bank Pusat AS (Fed) mengumumkan untuk meneruskan kenaikan kadar pada tahun depan. Indeks dolar menjunam sebanyak 0.66% dan disebut harga berhampiran dengan 95.85 semasa sesi Asia. Walaupun Fed mengumumkan untuk meningkatkan kadar sebanyak tiga kali menjelang awal tahun 2020, lekuk hasil bon AS (digunakan sebagai penanda kemelesetan) telah merata di paras 10 mata asa, berhampiran dengan paras rendah 11 bulan. Penyongsangan dalam lekuk hasil dilihat sebagai isyarat kemelesetan ekonomi oleh kerana kadar hasil bon jangka panjang jatuh di bawah kadar hasil bon jangka pendek. Ini telah mencetuskan penghindaran risiko di dalam pasaran dari aset berisiko ke aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Selain itu, dolar AS menerima tekanan menurun yang lebih lanjut berikutan dengan pembebasan laporan ekonomi yang suram dari semalam. Menurut kepada Philadelphia Fed, indeks sektor pembuatannya telah menjunam ke paras 9.4, tersasar daripada ramalan iaitu 15.6. Ini telah mengiringi beberapa siri data ekonomi yang suram bagi tempoh kebelakangan ini sambil menurunkan jangkaan ekonomi AS bagi masa hadapan. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.11% ke paras 1.2670 sementara pasangan USD/JPY merosot sebanyak 0.16% ke 111.09.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.39% ke paras $46.09 setong. Harga komoditi ini telah menerima sedikit sokongan untuk meningkat selepas Arab Saudi mengumumkan pelan mereka untuk memotong pembekalan minyak lebih daripada kadar yang diumumkan semasa mesyuarat OPEC di Vienna yang lalu. Selain itu, harga emas telah melanjutkan kenaikannya sebanyak 0.21% ke $1,262.44 se troy auns berikutan dengan kelemahan pada dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) 0.6% 0.6%
21:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Nov) 0.2% 0.3%
21:30 USD – GDP (QoQ) (Q3) 3.5% 3.5%
21:30 CAD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) 0.1% 0.2%
21:30 CAD – GDP (MoM) (Oct) -0.1% 0.2%
23:00 USD – Core PCE Price Index (MoM) (Nov) 0.1% 0.2%
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Dec) 97.5 97.6
23:00 USD – Personal Spending (MoM) (Nov) 0.6% 0.3%
23:00 USD – Personal Income (MoM) (Nov) 0.5% 0.3%
02:00

(22hb)

CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 873

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 95.60. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kenaikannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap sokongan: 96.00, 96.35

Tahap sokongan: 95.60, 95.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit susulan dengan pengunduran dari paras atasnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari Stochastic Oscillator dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

Tahap rintangan: 1.2700, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2575, 1.2500

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 1.1490. MACD yang mula untuk membentuk corak silang bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah 1.1450.

Tahap sokongan: 1.1490, 1.1520

Tahap sokongan: 1.1450, 1.1410

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap rintangan: 111.60, 111.20

Tahap sokongan: 110.70, 110.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang secara rata di dalam lingkungan 0.7140 dan 0.7105. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebelum ia meneruskan kerugiannya berdasarkan garisan trend menurun.

Tahap rintangan: 0.7140, 0.7170

Tahap sokongan: 0.7105, 0.7060

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan 0.6780. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap sokongan: 0.6780, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6650

 

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit. Stochastic Oscillator mula untuk memaparkan isyarat melantun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3530.

Tahap sokongan: 1.3530, 1.3615

Tahap sokongan: 1.3430, 1.3380

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.9870. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.9820.

Tahap rintangan: 0.9870, 0.9905

Tahap sokongan: 0.9820, 0.9770

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

Tahap sokongan: 47.50, 49.50

Tahap sokongan: 45.40, 43.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1253.00. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas 1263.20.

Tahap rintangan: 1263.20, 1270.00

Tahap sokongan: 1253.00, 1242.10