31 Mei 2022 Analisis Sesi Pagi
Euro menaik berikutan peningkatan risiko inflasi di Eropah.
EURUSD melanjutkan keuntungannya pada hari Isnin berikutan latar belakang risiko inflasi yang melambung tinggi di zon Euro. Menurut kepada Reuters, data awal dari Jerman, ekonomi terbesar dalam zon Euro, telah menunjukkan kenaikan harga meningkat satu tahap pada bulan Mei, apabila kesan kelonjakan harga gas tahun lalu memasuki bahagian ekonomi yang lebih luas, manakala harga sewa juga meningkat dengan ketara. Angka yang dikeluarkan oleh lima negara persekutuan terbesar Jerman menunjukkan harga pengguna telah meningkat antara 0.9% dan 1.1%, meningkat daripada purata seluruh negara sebanyak 0.8% pada bulan April dan mengingkari jangkaan untuk penyederhanaan sedikit kepada pertumbuhan sekitar 0.5%. Untuk memerangi inflasi, Bank pusat Eropah (ECB) berkemungkinan akan melaksanakan kenaikan kadar yang agresif dalam mesyuarat akan datang, yang menyerlahkan daya tarikan pasaran ke atas Euro. Selain itu, Dolar AS yang semakin lemah telah mendorong lagi momentum bullish pada pasangan tersebut. Hasil Perbendaharaan 10 Tahun AS merosot ke 2.743% pada hari Jumaat, apabila bacaan inflasi utama menunjukkan kenaikan harga yang perlahan. Rizab Persekutuan kurang berkemungkinan untuk memutuskan kenaikan kadar yang agresif kerana inflasi di AS mungkin mencapai kemuncaknya, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Dolar AS. Semasa penulisan, EURUSD menurun sebanyak 0.02% ke 1.0775.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.32% ke $117.56 setong semasa penulisan susulan dengan pemimpin EU bersetuju untuk mengharamkan eksport minyak Rusia ke blok 27 negara, menurut kepada Reuters pada hari Isnin. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.06% ke $1856.03 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah sentimen pasaran terhadap aset selera risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leaders Summit
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:55 | EUR – German Unemployment Change (May) | -13K | -16K | – |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 7.40% | 7.70% | – |
20:30 | CAD – GDP (MoM) (Mar) | 1.10% | 0.50% | – |
22:00 | USD – CB Consumer Confidence (May) | 107.3 | 103.9 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 101.75, 102.50
Tahap sokongan: 100.95, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2710, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2615, 1.2535
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0850, 1.0925
Tahap sokongan: 1.0770, 1.0685
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 128.00, 129.05
Tahap sokongan: 127.20, 126.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7075
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6595, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6425
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2765, 1.2875
Tahap sokongan: 1.2635, 1.2520
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 119.00, 122.00
Tahap sokongan: 115.95, 113.10
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1855.05, 1878.85
Tahap sokongan: 1833.15, 1808.45