1 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS meningkat susulan dengan ucapan hawkish dari Joe Biden.
Indeks Dolar telah melonjak di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan serta kebimbangan terhadap peningkatan risiko inflasi di seluruh global terus mengurangkan sentimen selera risiko bagi pelabur dalam pasaran kewangan global. Hasil Perbendaharaan AS menerima momentum bullish semalam selepas Presiden AS Joe Biden melepaskan nada hawkish terhadap keputusan dasar monetari. Menurut kepada Reuters, Presiden Joe Biden memberitahu Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Selasa bahawa beliau akan memberi ruang dan kebebasan yang mencukupi untuk Rizab Persekutuan untuk menstabilkan kadar inflasi melalui pengetatan dasar monetari yang agresif. Selain itu, Dolar AS melanjutkan keuntungannya selepas data ekonomi yang optimisme telah dibebaskan semalam. Menurut kepada Conference Board, Conference Board (CB) Consumer Confidence AS telah memberi bacaan sebanyak 106.4, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 103.9. CB Consumer Confidence digunakan untuk menunjukkan tahap keyakinan pengguna dalam aktiviti ekonomi. Bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan menunjukkan bahawa pengguna di AS berminat untuk berbelanja, yang meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.49% ke 101.80.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.46% ke $115.22 setong semasa penulisan susulan dengan EU bersetuju untuk mengharamkan import minyak mentah Rusia. Sebaliknya, harga emas munurun sebanyak 0.48% ke $1839.60 se-troy auns semasa penulisan berikutan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:55 | EUR – German Manufacturing PMI (May) | 54.7 | 54.7 | – |
16:30 | GBP – Manufacturing PMI (May) | 54.6 | 54.6 | – |
20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (May) | 247K | 300K | – |
22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (May) | 55.4 | 54.5 | – |
22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Apr) | 11.549M | 11.400M | – |
22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.00% | 1.50% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 101.75, 102.50
Tahap sokongan: 100.95, 100.35
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2710
Tahap sokongan: 1.2535, 1.2430
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0770, 1.0850
Tahap sokongan: 1.0685, 1.0605
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 129.05, 129.95
Tahap sokongan: 128.00, 127.20
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7075
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6595, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6425
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2765, 1.2875
Tahap sokongan: 1.2635, 1.2520
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675
Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 115.95, 119.00
Tahap sokongan: 113.10, 110.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1855.05, 1878.85
Tahap sokongan: 1833.15, 1808.45