9 Jun 2022 Analisis Sesi Petang
Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat, Dolar AS melonjak.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melonjak sejak hari Rabu di tengah-tengah peningkatan sentimen menolak risiko, yang mendorong momentum bullish ke atas Dolar selamat. Menurut kepada CNBC, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat sejak semalam kepada 3.055%. Kenaikan hasil perbendaharaan berkemungkinan akan meningkatkan keuntungan tanpa risiko para pelabur, yang meningkatkan daya tarikan pasaran ke atas Dolar AS. Ia juga telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka daripada pasaran saham kepada Dolar AS, yang menyebabkan pasaran saham AS merosot. Selain itu, Indeks Dolar melanjutkan keuntungannya susulan dengan Bank of Japan (BoJ) kekal kepada nada dovishnya. Menurut kepada Reuters, Bank of Japan adalah salah satu daripada beberapa bank pusat global yang mengekalkan pendirian dovish manakala yang lain telah menerima pakai dasar mengetatkan kenaikan kadar faedah untuk memerangi inflasi. Keadaan tersebut berkemungkinan akan mencetuskan peralihan sentimen pasaran terhadap mata wang lain yang mempunyai prospek yang lebih baik seperti Dolar AS, kerana BoJ terus mengekalkan dasar monetarinya yang longgar akan mengurangkan keuntungan tanpa risiko para pelabur di Jepun. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.08% ke 102.62.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.01% ke $122.12 setong semasa penulisan berikutan data positif penggunaan petrol AS mengetepikan kebimbangan kemusnahan permintaan daripada harga bahan api yang tinggi. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.14% ke $1853.90 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kelonjakan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
19:45 | EUR – Deposit Facility Rate (Jun) | -0.50% | -0.50% | – |
19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jun) | 0.00% | 0.00% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 200K | 210K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 102.50, 103.15
Tahap sokongan: 101.75, 100.95
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2710
Tahap sokongan: 1.2535, 1.2430
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0770, 1.0850
Tahap sokongan: 1.0685, 1.0605
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 134.25, 135.05
Tahap sokongan: 133.10, 131.95
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7265, 0.7355
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7075
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6500, 0.6560
Tahap sokongan: 0.6425, 0.6350
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2765
Tahap sokongan: 1.2520, 1.2415
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9820, 0.9900
Tahap sokongan: 0.9740, 0.9675
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 126.20, 128.90
Tahap sokongan: 122.20, 119.05
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1870.00, 1895.15
Tahap sokongan: 1846.20, 1823.35