15 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
GBPUSD menurun selepas data ekonomi bearish dikeluarkan.
GBPUSD melanjutkan kerugiannya pada hari Selasa di tengah-tengah data ekonomi negatif dikeluarkan. Menurut kepada Office for National Statistics, Average Earnings Index +Bonus UK telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 7.0% ke 6.8%, melepasi ramalan pasaran sebanyak 7.6%. Selain daripada data tersebut, Claimant Count Change UK dan Unemployment Rate UK juga memberikan bacaan yang bearish, iaitu -19.7K dan 3.8%, lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak 49.4K dan 3.6% masing-masing. Data-data suram ini telah menunjukkan bahawa pasaran buruh UK kekal rapuh, yang berkemungkinan membawa prospek negatif ke arah kemajuan ekonomi di UK. Oleh itu, Bank of England (BoE) berkemungkinan kecil untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah dalam mesyuarat akan datang, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Pound Sterling. Namun begitu, para pelabur harus memantau kepada maklumat terkini yang berhubung dengan keputusan kadar faedah BoE yang akan diumumkan pada hari Khamis untuk mengukur kemungkinan pergerakan pasangan tersebut. Semasa penulisan, GBPUSD meningkat sebanyak 0.08% ke 1.2003.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.50% ke $118.33 setong semasa penulisan berikutan kebimbangan Rizab Persekutuan AS akan mengejutkan pasaran dengan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi daripada jangkaan. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.25% ke $1808.90 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kenaikan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (May) | 0.6% | 0.8% | – |
20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (May) | 0.9% | 0.2% | – |
22:30 | USD – Crude Oil Inventories | 2.025M | -1.917M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 105.90, 106.95
Tahap sokongan: 104.80, 103.65
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2080, 1.2190
Tahap sokongan: 1.1975, 1.1845
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0450, 1.0520
Tahap sokongan: 1.0385, 1.0315
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 136.00, 137.35
Tahap sokongan: 135.05, 134.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6770
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6235, 0.6295
Tahap sokongan: 0.6145, 0.6060
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3000, 1.3165
Tahap sokongan: 1.2875, 1.2765
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.0040, 1.0115
Tahap sokongan: 0.9960, 0.9900
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 119.15, 122.20
Tahap sokongan: 115.40, 111.25
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1829.90, 1855.50
Tahap sokongan: 1807.95, 1782.90