15 Jun 2022 Analisis Sesi Petang
Dolar AS berlegar pada paras tertinggi baru-baru ini menjelang mesyuarat FOMC.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah berlegar pada tahap tertinggi baharu susulan dengan para pelabur terus memerhatikan kenaikan kadar faedah yang agresif daripada Rizab Persekutuan. Pada masa ini pasaran menjangkakan hampir sebanyak 90% kebarangkalian untuk kenaikan 75 mata asas dalam kadar faedah pada akhir mesyuarat dua hari pada hari Rabu, menurut Alat FedWatch. Dengan peningkatan risiko stagflasi dan kebimbangan berkaitan pertumbuhan terus menjejaskan ekonomi global, para pelabur mula mengalihkan portfolio mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS. Dari segi data ekonomi, Producer Price Indeks (PPI) telah meningkat sebanyak 0.8% untuk bulan lepas, menggandakan bacaan 0.4% pada bulan April. Buat masa ini, para pelabur terus memantau perkembangan mengenai keputusan dasar monetari terkini untuk menerima isyarat dagangan selanjut. Semasa penulisan, Indeks Dolar telah meningkat sebanyak 0.02% ke 105.30.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.01% ke $116.40 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang lebih rendah selepas perwakilan OPEC dan sumber industri meramalkan bahawa pertumbuhan permintaan minyak dunia akan bermula perlahan pada tahun 2023 berikutan dengan lonjakan harga komoditi baru-baru ini terus meningkatkan risiko stagflasi sambil mengurangkan momentum ekonomi dunia. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.35% ke $1814.35 se troy auns setakat penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal. Walaupun begitu, aliran keseluruhan emas masih kekal bearish di tengah-tengah harapan terhadap pengetatan dasar monetari daripada bank pusat global.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (May) | 0.6% | 0.8% | – |
20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (May) | 0.9% | 0.2% | – |
22:30 | USD – Crude Oil Inventories | 2.025M | -1.917M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 105.25, 106.20
Tahap sokongan: 104.30, 103.30
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2190, 1.2375
Tahap sokongan: 1.1955, 1.1670
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0485, 1.0600
Tahap sokongan: 1.0355, 1.0205
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 135.40, 140.00
Tahap sokongan: 130.70, 126.50
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6995, 0.7125
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6720
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6215, 0.6070
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek,.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3185
Tahap sokongan: 1.2890, 1.2770
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0075, 1.0185
Tahap sokongan: 0.9970, 0.9850
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 118.90, 124.00
Tahap sokongan: 115.10, 112.70
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1828.15, 1844.15
Tahap sokongan: 1807.95, 1792.90