17 Jun 2022 Analisis Sesi Petang
CHF melonjak selepas Switzerland meningkatkan kadar pertama dalam tempoh 15 tahun.
Swiss Franc telah melonjak dengan ketara berikutan Swiss National Bank meningkatkan kadar faedah penanda arasnya buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun dalam langkah yang tidak dijangka pada hari Khamis, sambil mengulangi bahawa mereka akan terus menaikkan kadar lagi, sejajar dengan bank pusat lain dalam pengetatan dasar monetari untuk memerangi peningkatan risiko inflasi. Menurut kepada Swiss National Bank, Kadar Faedah Switzerland telah meningkat daripada bacaan sebelumnya sebanyak -0.75% kepada -0.25%, melebihi jangkaan pasaran pada -0.75%. Ia merupakan kenaikan kadar pertama oleh SNB sejak September 2007. Selain itu, bank pusat lain seperti negara AS dan UK juga melaksanakan pengetatan dasar monetari dalam usaha untuk meredakan inflasi. Semalam, Bank of England meningkatkan kadar faedah UK sebanyak satu perempat mata, yang turut mencetuskan momentum bullish yang lanjut ke atas Pound Sterling. Baru-baru ini, data baharu menunjukkan bahawa inflasi UK melonjak ke paras tertinggi 40 tahun sebanyak 9% pada bulan April berikutan kenaikan harga makanan dan tenaga, dan negara itu menghadapi krisis kos sara hidup yang besar. Semasa penulisan, USD/CHF telah menyusut sebanyak 0.10% ke 0.9680 manakala GBP/USD berundur sebanyak 0.34% ke 1.2309.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.38% ke $117.00 setong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah berundur dari paras yang lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan mengenai risiko kemelesetan pada masa hadapan terus menjejaskan daya tarikan untuk komoditi hitam ini. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.69% ke $1843.90 se troy auns di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:45 USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:00 | EUR – CPI (YoY) (May) | 8.1% | 8.1% | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 104.40, 105.25
Tahap sokongan: 103.55, 102.45
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.2335, 1.2470
Tahap sokongan: 1.2200, 1.2065
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1.0625, 1.0780
Tahap sokongan: 1.0485, 1.0355
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 135.40, 136.45
Tahap sokongan: 133.55, 131.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7050, 0.7165
Tahap sokongan: 0.6865, 0.6720
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6535, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6225, 0.6070
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2975, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2860, 1.2765
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9745, 0.9825
Tahap sokongan: 0.9655, 0.9560
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 119.35, 122.60
Tahap sokongan: 111.85, 109.25
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1856.90, 1870.00
Tahap sokongan: 1844.00 , 1833.55