21 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Euro menyusut selepas ahli ECB mengeluarkan ucapannya.
EURUSD menyusut pada hari Isnin selepas salah seorang ahli Bank Pusat Eropah (ECB) menyampaikan ucapannya. Menurut kepada Reuters, ketua ekonomi Bank Pusat Eropah Philip Lane telah mendakwa pada hari Isnin bahawa inflasi yang rekod tertinggi di zon euro berkemungkinan akan memacu “psikologi inflasi,” yang merujuk kepada fenomena pengguna dan perniagaan menyesuaikan tabiat mereka dengan menjangkakan harga yang lebih tinggi. Beliau menekankan bahawa apabila psikologi inflasi berlaku, pengguna berkemungkinan akan berbelanja dengan lebih awal untuk mengatasi kenaikan harga manakala perniagaan akan mula menaikkan harganya kerana mereka menjangkakan kos akan meningkat dalam masa depan, yang menyebabkan inflasi terus meningkat. Walaupun ECB berkemungkinan akan melaksanakan dasar monetari mengetat untuk menurunkan risiko inflasi, satu lagi komen Philip Lane telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah mata wang lain. Beliau menyebut bahawa kenaikan kadar pada bulan September masih belum diputuskan, yang mengurangkan keyakinan pasaran terhadap Euro. Semasa penulisan, EURUSD meningkat sebanyak 0.09% ke 1.0518.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.10% ke $108.88 setong semasa penulisan di tengah-tengah import minyak mentah China dari Rusia melonjak 55% daripada tahun sebelumnya ke paras rekod pada Mei. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.02% ke $1840.30 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) | 2.4% | 0.6% | – |
22:00 | USD – Existing Home Sales (May) | 5.61M | 5.39M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 104.80, 105.90
Tahap sokongan: 103.65, 102.50
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2270, 1.2360
Tahap sokongan: 1.2190, 1.2080
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0520, 1.0605
Tahap sokongan: 1.0450, 1.0385
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 136.00, 137.35
Tahap sokongan: 135.05, 134.25
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mangalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6350, 0.6405
Tahap sokongan: 0.6295, 0.6235
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3030, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2875
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9740
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9520
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 111.25, 115.40
Tahap sokongan: 106.95, 102.20
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1855.50, 1884.85
Tahap sokongan: 1829.90, 1807.95