23 Jun 2022 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS merosot berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama mengundurkan keuntungan semalaman selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell menyampaikan ucapannya. Menurut kepada Reuters, Jerome Powell telah menyebut pada hari Rabu bahawa kenaikan kadar yang agresif adalah menyakitkan, tetapi ia adalah cara yang lebih baik untuk menstabilkan inflasi. Beliau juga menekankan bahawa Fed tidak cuba mencipta kemelesetan untuk menangani inflasi tetapi berusaha sepenuhnya untuk mengawal harga, walaupun ia berkemungkinan akan menyebabkan kemelesetan ekonomi. Walaupun pelaksanaan kenaikan kadar berkemungkinan akan memerangi risiko inflasi, ia juga akan meningkatkan kos pinjaman dan mengurangkan perbelanjaan pengguna di AS. Oleh itu, keadaan tersebut telah mencetuskan peralihan sentimen pasaran terhadap mata wang lain yang boleh memberikan keuntungan yang lebih baik. Sementara kini, para pelabur akan terus memantau kepada maklumat terkini yang berhubung dengan data ekonomi dan keputusan kenaikan kadar daripada Fed untuk mengukur kemungkinan pergerakan Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.21% ke 103.99.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak 2.50% ke $103.53 setong semasa penulisan berikutan API Weekly Crude Oil Stock AS telah meningkat sebanyak 5.607M, yang melebihi ramalan pasaran sebanyak -1.433M. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1839.25 se-troy auns semasa penulisan susulan dengan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 EUR EU Leaders Summit
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 54.8 | 54.0 | – |
16:30 | GBP – Composite PMI (Jun) | 51.8 | 51.8 | – |
16:30 | GBP – Manufacturing PMI (Jun) | 54.6 | 54.6 | – |
16:30 | GBP – Services PMI (Jun) | 51.8 | 51.8 | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 229K | 225K | – |
23:00 | USD – Crude Oil Inventories | 1.956M | – | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 104.80, 105.90
Tahap sokongan: 103.65, 102.50
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.2270, 1.2360
Tahap sokongan: 1.2190, 1.2080
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keunutngannya.
Tahap rintangan: 1.0605, 1.0685
Tahap sokongan: 1.0530, 1.0450
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 136.65, 137.35
Tahap sokongan: 136.00, 135.55
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mangalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6930, 0.7005
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6770
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350
Tahap sokongan: 0.6235, 0.6145
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3030, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2875
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9675, 0.9740
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9520
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 106.95, 111.25
Tahap sokongan: 102.20, 98.80
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1841.85, 1855.50
Tahap sokongan: 1829.90, 1819.70