8 Julai 2022 Analisis Sesi Pagi
Dollar AS didagang dalam saluran sisi menjelang data Nonfarm Payroll.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama telah didagang dalam satu saluran sisi menjelang pengeluaran data ekonomi penting dari rantau AS. Baru-baru ini, kebimbangan mengenai risiko kemelesetan terus berlegar dalam pasaran kewangan global, Jualan runcit dan perbelanjaan sebenar di Amerika Syarikat menunjukkan bacaan pesimisme pada bulan Mei. Federal Open Market Committee (FOMC) dijangka akan menambah sebanyak 75 mata asas lagi semasa mesyuarat 27hb Julai, menjadikan kadar faedah sasaran kepada 2.50% untuk menstabilkan risiko inflasi yang ketara. Nonfarm Payroll. yang akan dibebaskan malam ini adalah penting berikutan dengan pasaran buruh adalah faktor penting yang akan mempengaruhi pembuatan keputusan dasar monetari. Apabila proses pengambilan pekerja mula pudar, kemungkinan ke arah risiko kemelesetan adalah lebih tinggi. Statistik awal telah menunjukkan bahawa data Nonfarm Payrolls telah menyaksikan penurunan purata tiga bulan daripada bacaan sebelumnya sebanyak 602,000 pada Februari kepada 408,000 pada Mei, dan pakar ekonomi meramalkan bahawa data tersebut akan meneruskan aliran menurun kepada 270,000 penciptaan pekerjaan pada bulan Jun. Tambahan pula, model GDPNow Fed Atlanta meramalkan pertumbuhan suku kedua di Amerika Syarikat akan terus menguncup. Sehingga berita ini ditulis, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.06% ke 107.05.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.10% ke $102.25 setong semasa penulisan di tengah-tengah pembetulan teknikal. Walaupun begitu, keuntungan yang dialami oleh minyak mentah masih terhad oleh data inventori bearish. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), Inventori Minyak Mentah telah memberi bacaan sebanyak 8.235M, melebihi ramalan pasaran pada -1.043M. Sebaliknya, harga emas didagangkan tidak berubah pada $1739.30 manakala pelabur terus meneliti data pekerjaan terkini malam ini.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:55 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Jun) | 390K | 270K | – |
20:30 | USD – Unemployment Rate (Jun) | 3.6% | 3.6% | – |
20:30 | CAD – Employment Change (Jun) | 39.8K | 22.5K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 108.15.
Tahap rintangan: 108.15, 112.45
Tahap sokongan: 105.55, 101.40
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2190, 1.2400
Tahap sokongan: 1.1925, 1.1660
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0385, 1.0575
Tahap sokongan: 1.0185 1.0060
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 136.65, 137.70
Tahap sokongan: 134.45, 131.40
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6990
Tahap sokongan: 0.6760, 0.6615
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepa sia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6215, 0.6365
Tahap sokongan: 0.6070, 0.5935
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan in untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3185
Tahap sokongan: 1.2925, 1.2840
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 0.9715, 0.9780
Tahap sokongan: 0.9625, 0.9510
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.30, 111.65
Tahap sokongan: 95.15, 94.55
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepa sia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1790.40, 1861.40
Tahap sokongan: 1721.25, 1622.40