83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

08 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Fokus pada ECB, dolar susut akibat pelan tarif Trump.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia susut sebayak 0.11% ke 89.55 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Kerugian yang dialaminya telah tercetus susulan dengan kebimbangan pasaran terhadap cadangan tarif import AS yang tinggi ke atas komoditi keluli dan aluminium. Walaupun terdapatnya bantahan yang menyeluruh dari sekutu AS, Trump menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik diri dari langkah tersebut yang merupakan salah satu daripada agenda perdagangan nasionalisnya. Oleh itu, retorik perdagangan Trump telah mencetuskan kebimbangan para pelabur di mana rakan dagangan utama seperti China dan EU berkemungkinan untuk melaksanakan tindak balas ke atas tarif kontroversial tersebut dengan menjual pegangan aset AS. Sebaliknya, pasangan EURUSD telah didagang secara berayun berhampiran $1.2400 sementara para pelabur menantikan sidang akhbar Bank Pusat Eropah (ECB) yang bakal berlangsung pada kalam ini. Ia adalah dijangkakan bahawa ECB akan mengekalkan kadar faedah dan program pembelian aset sebanyak $30 bilion sebulan. Justeru, para pelabur akan memantau isyarat yang disampaikan oleh Presiden ECB Mario Draghi untuk mendapatkan prospek yang lebih lanjut mengenai perkembangan ekonomi di zon Eropah.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.31% ke $61.34 setong selepas EIA melaporkan peningkatan pada stok simpanan minyak bagi minggu lalu sebanyak 2.4 juta tong walaupun ia adalah lebih rendah daripada ramalan sebanyak 2.7 juta tong. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1,326.47 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

21:30                     EUR                       ECB Press Conference

00:00 (Fri)             CAD                       BoC Gov Poloz Speaks

 

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:50 JPY – GDP (QoQ) (Q4) 0.1% 0.2%
Tentatif CNY – Trade Balance (USD) (Feb) 20.35B -8.50B
15:00 German Factory Orders (MoM) (Jan) 3.8% -1.9%
20:45 EUR – Deposit Facility Rate -0.40% -0.40%
20:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) 0.00% 0.00%
21:15 CAD – Housing Starts (Feb) 216.2K 219.0K
21:30 USD – Initial Jobless Claims 210K 216K
21:30 CAD – Building Permits (MoM) (Jan) 4.8% 2.0%
21:30 CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jan) 0.1% 0.1%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.3890. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah sebelum melanjutkan kenaikan semula.

 

Tahap rintangan: 1.3990, 1.4050

Tahap sokongan: 1.3890, 1.3790

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di 1.2390. Namun, isyarat garisan MACD yang memaparkan silang kematian memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke paras tertinggi sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 1.2450, 1.2540

Tahap sokongan: 1.2390, 1.2340

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 105.30. Garisan isyarat MACD yang memaparkan hidden positive divergence memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 106.75.

 

Tahap rintangan: 106.75, 107.80

Tahap sokongan: 105.30, 103.60

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 60.80. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish.

 

Tahap rintangan: 61.80, 62.50

Tahap sokongan: 60.80, 60.20

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari sokongan pada garisan 200-MA dan ia kini sedang menguji tahap rintangan di 1326.80. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan keuntungan sekiranya ia berjaya memecah paras terendah sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 1326.80, 1335.20

Tahap sokongan: 1316.20, 1308.60