83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

09 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Draghi mengakibatkan Euro menjunam, Dolar disokong oleh komen Dudley.

EUR/USD telah memangkas keuntungannya sebanyak 0.08% ke $1.2300 semasa penulisan selepas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi menyampaikan isyarat yang dovish kepada para pelabur. Terdahulu, mata wang tunggal tersebut telah didagang dengan lebih tinggi selepas kenyataan ECB menjatuhkan cadangan untuk meningkatkan saiz program kelonggaran kuantitatif (QE). Namun, momentum yang bullish tersebut adalah untuk sementara waktu selepas Presiden Draghi menegaskan bahawa pasaran FX masih mempunyai risiko bearish sementara pertumbuhan inflasi di EU adalah masih lemah. Isyarat beliau adalah sejajar dengan tindakan ECB untuk menurunkan unjuran inflasi bagi tahun 2019. Kenyataan Draghi adalah bersifat pesimis dan ia telah mengakibatkan penjualan yang mendadak ke atas Euro pada semalam. Sebaliknya, indeks dolar mendapat sokongannya selepas ia meningkat sebanyak 0.11% ke 90.22 selepas Presiden Bank Pusat New York William Dudley menyampaikan kenyataan yang hawkish. Beliau memberikan pandangan yang optimisme untuk mempunyai kenaikan kadar yang beransur-ansuran sebanyak 4 kali daripada 3 kali yang telah dicadangkan sebelumnya memandangkan pertumbuhan ekonomi AS makin bertambah baik, kadar pertumbuhan gaji yang kukuh serta tekanan inflasi yang lebih baik daripada jangkaan. Isyarat yang bullish tersebut telah mengalihkan tumpuan para pelabur daripada cadangkan tarif Presiden Donald Trump yang dijangkakan untuk mencetuskan persaingan dagangan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia susut sebanyak 2.30% ke $60.37 setong susulan peningkatan pada pembekalan minyak mentah harian AS yang telah meningkat sebanyak 23% ke 10.37 juta tong sehari. Selain itu, harga emas telah susut sebanyak 0.17% ke $1,318.18 se troy auns selepas dolar mendapat sokongan bullish.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                    JPY                      BoJ Monetary Policy Statement (YoY)

Tentatif                   JPY                        BoJ Press Conference

01:40(Sat)              USD                       FOMC Member Rosengren Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – Household Spending (MoM) (Jan) -2.5% -0.4% 2.7%
09:30 CNY – CPI (YoY) (Feb) 1.5% 2.5% 2.9%
09:30 CNY – PPI (YoY) (Feb) 4.3% 3.8% 3.7%
Tentatif JPY – BoJ Interest Rate Decision -0.10% -0.10%
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Jan) -0.6% 0.6%
15:00 EUR – German Trade Balance (Jan) 21.4B 21.1B
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jan) 0.3% 0.2%
17:30 GBP – Trade Balance (Jan) -5.18B -4.10B
21:30 USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Feb) 0.3% 0.3%
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Feb) 200K 204K
21:30 USD – Participation Rate (Feb) 62.7%
21:30 USD – Unemployment Rate (Feb) 4.0% 4.1%
21:30 CAD – Employment Change (Feb) -88.0K 17.5K
21:30 CAD – Unemployment Rate (Feb) 5.9% 5.9%
02:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 800

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah tahap rintangan di 1.3900. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan di 1.3790. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan GBPUSD untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya menutup lilin di bawah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3900, 1.4000

Tahap sokongan: 1.3790, 1.3650

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah sokongan pada garisan 200-MA dan tahap sokongan di 1.2310. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap sokongan yang seterusnya di 1.2300. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2340, 1.2380

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2270

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 105.50. Pasangan tersebut kini sedang menguji tahap rintangan di 106.80. Histogram MACD yang menunjukkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya menutup lilin di atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.80, 107.80

Tahap sokongan: 105.50, 103.60

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 60.20. Pembentukan lilin pin bar dan positive divergence yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kenaikan ke tahap rintangan di 60.80.

 

Tahap rintangan: 60.80, 61.80

Tahap sokongan: 60.20, 58.60

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah sokongan pada garisan 200-MA. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bearish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian ke tahap sokongan di 1316.20.

 

Tahap rintangan: 1326.80, 1335.20

Tahap sokongan: 1316.20, 1309.60