18 Julai 2022 Analisis Sesi Pagi
Pelabur menurunkan ramalan kenaikan kadar Fed, Dolar AS merosot.
Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama berundur daripada paras tertinggi baru-baru ini pada hari Jumaat berikutan kemungkinan berkurangan kenaikan kadar faedah yang agresif daripada Rizab Persekutuan. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, kemungkinan kenaikan 100 mata asas dikurangkan daripada bacaan hari sebelumnya sebanyak 48.2% ke 29.1%. Pada minggu lepas, data CPI dan PPI telah memberikan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan, iaitu 9.1% dan 1.1% masing-masing. Data inflasi yang melebihi ramalan pasaran telah membayangkan bahawa risiko kenaikan harga terus berlarutan di pasaran AS manakala peserta pasaran mula memikirkan tentang kenaikan kadar faedah titik peratusan penuh. Namun begitu, dua daripada penggubal dasar Rizab Persekutuan telah menyampaikan ucapannya pada 14 Julai bahawa mereka menggemari satu lagi kenaikan kadar faedah 75 mata asas pada mesyuarat dasar bank pusat AS bulan ini, yang mendorong momentum bearish pada Dolar AS. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.14% ke 107.76.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.13% ke $94.44 setong semasa penulisan. Namun, harga minyak melantun semula pada sesi dagangan Jumaat lalu kerana rangsangan pengeluaran minyak Saudi serta-merta tidak dijangka, menurut kepada Reuters. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.27% ke $1708.25 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 108.80, 110.50
Tahap sokongan: 106.95, 105.25
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2010, 1.2115
Tahap sokongan: 1.1870, 1.1755
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0145, 1.0235
Tahap sokongan: 1.0040, 0.9950
USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 138.60, 139.90
Tahap sokongan: 137.35, 136.65
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6850, 0.6930
Tahap sokongan: 0.6770, 0.6665
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintanagn terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.6235, 0.6295
Tahap sokongan: 0.6145, 0.6060
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3035, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2875
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9820, 0.9900
Tahap sokongan: 0.9740, 0.9675
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.70, 103.30
Tahap sokongan: 93.55, 88.40
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1718.90, 1737.30
Tahap sokongan: 1700.95, 1681.85