21 Julai 2022 Analisis Sesi Petang
Yen Jepun kekal bearish selepas keputusan pelonggaran dasar monetari.
Permintaan pasaran keseluruhan terhadap Yen Jepun kekal lemah berikutan Bank of Japan mengekalkan pelonggaran dasar monetari mereka pada hari Khamis, sementara ia meramalkan kadar inflasi pengguna akan meningkat pada masa yang akan datang berikutan dengan harga komoditi yang lebih mahal di seluruh dunia. Menurut kepada penyata dasar monetari terkini, Bank Pusat Jepun memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah dasar monetarinya tidak berubah, mengawal hasil 10 tahun kepada sifar manakala kadar jangka pendek kepada -0.1% dan berjanji untuk terus membeli bon kerajaan Jepun tanpa had. Walau bagaimanapun, kerugian yang dialami oleh Yen Jepun adalah terhad berikutan bank pusat meningkatkan ramalan inflasi. Jawatankuasa Dasar Monetari BoJ telah meramalkan bahawa inflasi pengguna akan meningkat sebanyak 2.3% untuk tahun fiskal semasa, meningkat daripada ramalan 1.9% tiga bulan lalu. Jangkaan inflasi yang meningkat mungkin akan mendorong bank pusat menaikkan kadar faedah mereka pada masa hadapan untuk menstabilkan risiko inflasi. Sehingga berita ini ditulis, USD/JPY meningkat sebanyak 0.01% ke 138.20.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 1.02% ke $98.85 setong setakat ini. Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan inventori petrol AS meningkat ke bacaan sebanyak 3.5 juta tong minggu lepas, menurut kepada data kerajaan, jauh lebih tinggi daripada ramalan pasaran pada 71,000 tong. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.21% kepada $1693.00 setiap troy auns setakat penulisan di tengah-tengah pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:15 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:45 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:15 | EUR – Deposit Facility Rate (Jul) | -0.50% | -0.25% | – |
20:15 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
20:15 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) | – | 0.25% | – |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 244K | 240K | – |
20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) | -3.3 | -2.5 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 108.15, 109.10
Tahap sokongan: 106.40, 105.55
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.2035, 1.2155
Tahap sokongan: 1.1940, 1.1830
EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0270, 1.0385
Tahap sokongan: 1.0160, 1.0085
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 140.95, 144.60
Tahap sokongan: 131.85, 126.75
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6950, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6850, 0.6720
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6235, 0.6365
Tahap sokongan: 0.6070, 0.5935
USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2950, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2835, 1.2670
USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9755, 0.9845
Tahap sokongan: 0.9685, 0.9615
CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan.
Tahap rintangan: 100.85, 104.75
Tahap sokongan: 97.40, 92.50
GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1702.60, 1724.95
Tahap sokongan: 1680.00, 1666.85